Siakap Keli
cara hilangkan kotoran kain buruk
Gambar: Instagram kekcawan.com.my

“Cuci Setiap Hari..,” Ini Cara Mudah Nak Hilangkan Kotoran Pada Kain Buruk

“Cuci Setiap Hari..,” Ini Cara Mudah Nak Hilangkan Kotoran Pada Kain Buruk

Tidak seperti negara luar, Malaysia terkenal dengan istilah “kain buruk” yang digunakan di rumah untuk mencuci kotoran dan sebagainya.

Kebiasaannya, kain yang digunakan merupakan tuala lama atau pakaian yang sudah tidak digunakan lagi. Masuk sahaja mana-mana rumah pastinya anda menjumpainya lebih-lebih lagi di bahagian dapur.

Rata-rata suri rumah menjadikan kain buruk sebagai kain basahan, mengelap makanan atau minuman yang tumpah dan minyak di dapur. Bagaimanapun, untuk mencuci semula kain buruk yang digunakan sehingga bersih sentiasa mendapat keluhan.

Oleh itu, mari kita ikuti perkongsian kekcawan.com.my di Instagram tentang tips cuci kain buruk di bawah. Semoga bermanfaat.

Cara Hilangkan Kotoran Kain Buruk

Entah kenapa ya panggil kain buruk ok la.. kain lap.. sedap sikit bunyinya kan.
Setiap hari kita guna paling tak 1-2 helai kain lap kan.
Yang buat baking lagi la kadang 5 helai sehari!
Amboiii besar tul production.
Takpe.. dream big!

Dan biasa bila kain dah kotor kita masuk dalam baldi. Buh sabun dan air.. biar rendam semalaman.
Kadang jadi 2 malam…
Kadang 3 malam..
Kadang tambah bermalam-malam
Tak cuci-cuci gak… takdan ek…
Sampai berbau dan berlendir!

Gambar: Instagram kekcawan.com.my

BACA JUGA: Pelik, Ini Tiga Jenis Ikan Yang Tak Kena Pada Rupa & Nama

Ni cara Ellie
Cuci setiap hari tau…
Tiap petang wajib cuci…

Sediakan sebiji periuk khas..
Beli kat kedai Eco pun bole je
Masukkan air dan sabun pencuci
Ellie suka pakai sabun serbuk kain
Lepas tu tambah sikit soda
Kacau-kacau sebatikan
Pastu masak atas dapur
Masukkan kain lap tadi tu
Rebus laa dalam 10 minit
Ellie siap pakai timer… takut lupa
Sesambil kita cuci-cuci sinki ke…
Kemas-kemas dapur ke…

Gambar: Instagram kekcawan.com.my

Selesai tu… tutup api..
Curah ke sinki
(Air panas tu masuk ke ‘longkang” sinki kasi bersihkan juga tu.. haaaa elok!)
Buka air paip… bilas…
Amik berus.. berus kain tu manja-manja cukup dah..
Bilas… perah…. sidai….
Bersih! Wangi!

Tips Cuci Kain Buruk
Gambar: Instagram kekcawan.com.my

Senang dan cepat kan!

Selamat beramal 

#tipsmencuci

 

Sumber: Instagram kekcawan.com.my

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?