Siakap Keli
kanak-kanak hilang konsert suga
Gambar: Detikcom

Kanak-Kanak Dilapor Hilang, Rupanya Dibawa Ibu Saudara Untuk Tonton Konsert Suga BTS

Kanak-Kanak Dilapor Hilang, Rupanya Dibawa Ibu Saudara Untuk Tonton Konsert Suga BTS

Seorang kanak-kanak berumur enam tahun yang dilaporkan hilang ditemui selamat  dibawa oleh ibu saudaranya ke Jakarta untuk menonton konsert Suga BTS.

Menurut Detik News, kanak-kanak itu yang berasal dari Gorontalo dilaporkan hilang sebelum diketahui dibawa oleh ibu saudaranya.

Difahamkan, ibu saudaranya mengaku sengaja membawa kanak-kanak itu untuk menonton konsert tersebut yang dijangka akan berlangsung pada 26 Mei hingga 28 Mei nanti.

Ketua Polis, Koperal Leonardo Widharta berkata siasatan awal mendapati bahawa ahli keluarga kanak-kanak itu melaporkan bahawa dia diculik.

Hal itu berlaku kerana ibu saudara terbabit tidak memaklumkan mengenai rancangannya.

“Ya, saya tidak meminta izin keluarga untuk membawa anak buah ke Jakarta,” katanya.

Siasatan lanjut masih lagi dijalankan

Sementara itu, ibu kanak-kanak terbabit mendedahkan tidak tahu bahawa anaknya dibawa oleh wanita itu ke Jakarta.

Dia baru mengetahui hal tersebut setelah info kehilangan kanak-kanak terbabit beredar luas di media sosial.

“Saya baru mengetahui  anak saya dibawa ibu saudaranya ke Jakarta, kelmarin,” katanya.

Menurutnya, sebelum kejadian wanita terbabit ada berkunjung ke rumahnya. Rupanya dia membawa kanak-kanak itu tanpa pengetahuannya.

“Ketika ibu saudaranya meminta izin untuk pulang ke rumah, saya tidak curiga kalau anak saya dibawa juga ke Jakarta. Saya tidak tahu,” katanya.

Tambahnya lagi, anak perempuannya memang sangat rapat dengan wanita terbabit.

Namun, dia tetap tidak setuju dengan sikap wanita terbabit yang tidak meminta izin terlebih dahulu.

“Dia ibu saudara yang sangat rapat dengan anak saya,” ujarnya.

“Dia ingin membawa anak saya pergi ke konsert Suga di Jakarta. Tapi caranya membawa anak saya tanpa izin itu salah besar,” tegasnya.

BACA :Tular Kanak-Kanak Hampir Diculik, Polis Sahkan Terima Laporan Dari Pihak Keselamatan Genting Highlands

Kanak-kanak itu disedari hilang oleh datuknya yang baru pulang dari masjid.

Sebelum itu, kanak-kanak tersebut dilihat bermain di depan rumahnya di Kota Gorontalo, pada Khamis iaitu kira-kira pada jam 12.00 tengah hari.

Ibunya yang panik membuat laporan polis kerana menyangka anaknya telah diculik.

Sumber: Detik News 

Ezzatul Syafiqah