Siakap Keli
tular kanak-kanak hampir diculik
Gambar: Bernama

Tular Kanak-Kanak Hampir Diculik, Polis Sahkan Terima Laporan Dari Pihak Keselamatan Genting Highlands

Tular Kanak-Kanak Hampir Diculik, Polis Sahkan Terima Laporan Dari Pihak Keselamatan Genting Highlands

BENTONG — Pihak polis mengesahkan bahawa telah menerima laporan daripada pihak keselamatan Genting Highlands selepas tular satu video yang mendakwa bahawa seorang kanak-kanak hampir diculik oleh wanita warganegara asing di kawasan pelancongan itu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superitendan Zaiham Mohd Kahar berkata laporan itu telah dibuat pada jam 8.15 malam, semalam.

“Pihak keselamatan Genting Highlands telah membuat laporan polis pada 19 September 2022 (Isnin) lebih kurang jam 8.16 malam berhubung video yang telah tular,” katanya.

Zaiham juga turut mengesahkan bahawa belum menerima laporan polis daripada pihak yang terlibat.

“Polis Daerah Bentong juga mengesahkan bahawa setakat ini tidak menerima sebarang laporan polis daripada pihak yang terlibat.

“Walau bagaimanapun, pihak IPD Bentong akan menjalankan siasatan dan akan menghubungi pemilik akaun TikTok berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, Zaiham memohon kerjasama daripada semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut.

Terdahulu, satu video yang memaparkan situasi selepas cubaan menculik dilakukan oleh seorang wanita warga asing telah tular dan mendapat perhatian ramai.

BACA: “Baju Diconteng, Buku Dikoyak & Dibuang, Tapi Akhirnya Aku Yang Dimarahi Guru, Siap Kena Pulau Dengan Kawan-kawan”

Sumber: Polis Bentong

BACA JUGA: Kanak-Kanak Perempuan Nyaris Diculik Ketika Pulang Mengaji

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?