Siakap Keli
Najib Cirit Birit 1mdb
Gambar: Bernama

Alami Cirit-Birit, Najib Tidak Dapat Hadir Ke Prosiding 1MDB

Alami Cirit-Birit, Najib Tidak Dapat Hadir Ke Prosiding 1MDB

KUALA LUMPUR — Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan tidak dapat hadir perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) susulan mengalami masalah cirit-birit, lapor Astro Awani.

Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Penjara Kajang, Dr Mohd Hafiz Mohd yang dipanggil ke prosiding hari ini mengesahkan perkara itu.

Jelas Hafiz, bekas ahli parlimen Pekan tersebut mengadu sakit perut, loya dan telah ke tandas sebanyak empat kali bagi membuang air besar.

“Kemudian saya memberikan ubat kepada Datuk Seri, bagaimanapun selepas 10 minit keadaan beliau masih tidak berubah.

“Saya buat pemeriksaan dan dapati beliau turut mengalami kekurangan air dan sedikit demam dengan suhu 37.8 Celsius.

“Saya merujuk Datuk Seri kepada pakar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan beliau dibawa ke sana pada jam 9.30 pagi. Ketika itu beliau kelihatan penat, lesu, dan kekurangan air.

“Pakar di HKL memberikan cuti sakit selama dua hari.

“Beliau tidak cergas untuk menghadiri perbicaraan di mahkamah kerana perlu diberi drip yang dimasukkan salam saliran darah dan tidak mampu berdiri sebab duduk terlalu lama,” katanya.

BACA JUGA: Kertas Rayuan Pengampunan Najib Tidak Dibawa Pada Mesyuarat Lembaga Pengampunan Jumaat Lepas

Difahamkan Najib telah dibawa ke HKL bagi mendapatkan rawatan yang lebih baik. Beliau dilaporkan mengalami masalah itu sejak semalam.

Susulan itu, prosiding perbicaraan kes penyelewengan dana 1MDB  terpaksa ditangguhkan pada Selasa dan Rabu. Mahkamah menetapkan semula sebutan kes pada Khamis ini.

Bekas Perdana Menteri Malaysia itu berdepan empat pertuduhan terhadap dana 1MDB dengan menggunakan kedudukannya bagi memperolehi suapan berjumlah RM2.3 bilion.

Manakala 21 pertuduhan melibatkan penggubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Terdahulu, Najib Razak juga telah dimasukkan ke hospital berkenaan selepas mengalami sakit perut ketika menjalani hukuman di Penjara Kajang, lapor Bernama.

Perkara itu dimaklumkan oleh anak perempuannya, Nooryana Najwa dalam satu hantaran di Instagram. Difahamkan, beliau dimasukkan ke HKL sebagai kes elektif dan bukan kecemasan.

Sumber: Astro Awani

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?