Siakap Keli
cara "check" tangki minyak
Kredit: TikTok

Ramai Tak Tahu, Ini Rupanya Cara Stesen Minyak “Check” Air Dalam Tangki Minyak

Ramai Tak Tahu, Ini Rupanya Cara Stesen Minyak “Check” Air Dalam Tangki Minyak

Tahukah anda bahawa stesen minyak pun memiliki tangki minyaknya tersendiri? Mungkin anda tertanya-tanya, di mana tangki minyak itu berada sebab tidak pernah nampak pun.

Tangki minyak untuk stesen minyak berada di bawah tanah dan terdapat satu lubang untuk menyalurkan minyak api fosil ke bawah tanah.

Akan tetapi, tangki minyak yang berada di bawah tanah tidak boleh memiliki kandungan air di dalamnya.

Menurut Steve Klien dari CStore Decisions, terdapat dua faktor mengapa tangki ini tidak boleh mengandungi kandungan air langsung.

1. Pencemaran mikrob

Kehadiran air dalam tangki akan menjadi punca bagi aktiviti-aktiviti mikrob di dalamnya. Secara umumnya, mikrob masih dapat ditemui di dalam tangki walaupun tanpa keberadaan air.

Namun, kewujudan lapisan air di dalam tangki akan membenarkan mikrob-mikrob ini untuk membiak di dalamnya.

2. Hakisan

Pertumbuhan mikrob secara berluasa akan menyumbang kepada masalah hakisan di dalam tangki. Apa-apa jenis bahan api pun boleh digunakan untuk memberikan tenaga kepada mikroorganisma ini.

Ia tinggal di dalam lapisan air, memakan molekul dan menghasilkan bahan perkumuhan yang mengandungi bahan yang menghakis seperti asid asetik.

Bahan ini mampu memberi kesan terhadap dinding tangki, paip, bahagian pam dan lain-lain. Ia turut meninggalkan kesan karat pada bahagian penapis dispenser.

Cara memeriksa kandungan air di dalam tangki minyak

Oleh itu, pihak pengurusan stesen minyak akan menjalankan pemeriksaan secara berkala bagi memastikan tiada lapisan air yang terdapat di dalam tangki.

Berdasarkan TikTok Petronas Jejawi (@petronas_jejawi), pihaknya menunjukkan bagaimana cara untuk mengesan minyak di dalam tangki minyak stesen.

Pertama, keluarkan pengukur celup (dipping stick) yang berada di dalam tangki minyak.

stesen minyak lapisan air tangki
Kredit: TikTok

Selepas mengeluarkannya dari lubang tangki, lap hujung pengukur dengan menggunakan kain kering.

Apabila permukaan hujung pengukur celup kering, letakkan sedikit water finding paste pada bahagian tersebut.

stesen minyak lapisan air tangki
Kredit: TikTok

Masukkan pengukur celup tadi ke dalam tangki sehingga hujungnya bersentuhan dengan dasar tangki.

Setelah bahagian hujung pengukur bertemu dengan tapak tangki, tarik semula pengukur celup ke luar tangki.

Lihat perubahan warna pada water finding paste, jika warna kekal sama seperti asal maka tiada kandungan dikesan di dalam tangki.

Cara check tangki minyak

@petronas_jejawi

topik tengah hangat ni kan , jom kita tengok cara stesen minyak cek air dalam tangki minyak 😚#petronasperlis #petronaskubanggajah #petronas #petronasbrands #tangkiminyak #cekair

♬ original sound – Petronas Jejawi – Petronas Jejawi

Namun, jika warna pes berkenaan bertukar kepada warna merah jambu/merah, terdapat lapisan air dikesan pada dasar tangki minyak terbabit.

BACA: Rupanya Ini Sebab Serangga Mudah Tertarik Dengan Cahaya Lampu

Sumber: @petronas_jejawi via TikTok & CStore Decisions

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma