Siakap Keli
Pekerja Kilang Diserang Buaya
Gambar: Sinar Harian

Mayat Pekerja Kilang Diserang Buaya Ditemui Dalam Keadaan Tidak Sempurna

Mayat Pekerja Kilang Diserang Buaya Ditemui Dalam Keadaan Tidak Sempurna

BELURAN — Anggota bomba menemukan mayat mangsa serangan buaya di Sungai Rawod, Ladang Linbar 2 hari ini, lapor Sinar Harian.

Mayat Rudi Amiruddin, 28, yang merupakan pekerja kilang ditemui kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dibaham pada jam 10.30 pagi tadi.

Bagaimanapun, jasad berkenaan ditemui dalam keadaan tidak sempurna.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Beluran Edoen Macheal, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah memasuki hari ketiga.

Operasi itu yang bermula pada jam 6.45 pagi turut dibantu oleh pelbagai agensi keselamatan dan penduduk kampung.

“Mangsa akhirnya berjaya ditemui dalam keadaan terapung dan tidak sempurna iaitu dari bahagian pusat sehingga kaki hilang manakala kedua-dua tangan juga turut hilang dipercayai telah dibaham buaya mengikut pengakuan saksi yang turut berada di lokasi.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi segera ditamatkan pada jam 11.30 pagi,” ujarnya sewaktu dihubungi.

Pekerja Kilang Diserang Buaya

Sebelum ini, mangsa dilaporkan hilang dibaham buaya ketika mencuci tangan dan kakinya, lapor Sinar Harian.

Kejadian itu berlaku kira-kira pada jam 12.30 tengah hari Selasa lalu.

BACA JUGA: Wanita Maut Dipercayai Dibaham Buaya Ketika Memancing

Jelas Macheal, pihaknya telah menerima panggilan berhubung kejadian daripada pihak polis pada jam 3.51 petang.

“Menurut laporan, saksi yang memaklumkan sebelum kejadian mangsa sedang membersihkan kawasan pagar elektrik di dalam kawasan estet yang bersempadan dengan sungai terbabit.

“Ketika berehat, mangsa pergi ke tepi sungai untuk mencuci tangan dan kakinya namun tiba-tiba seekor buaya muncul dan mengheret mangsa ke dalam sungai.

“Mangsa sempat menjerit meminta tolong namun tidak dapat dibantu oleh rakannya yang berada di lokasi,” katanya.

Berikutan itu, empat anggota telah dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 70 kilometer dari BBP Beluran.

Operasi SAR Gagal Menemui Mangsa

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bersama pasukan keselamatan lain segera dilakukan namun mangsa gagal ditemui semalam.

“SAR hari kedua disambung semula dengan jarak radius satu kilometer di sekitar lokasi, namun sehingga kini pihak kami belum menemui mangsa,” jelasnya dalam laporan semalam.

Sumber: Sinar Harian (1), (2)

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?