Siakap Keli

10 Rancangan Yang Menarik & Wajib Ditonton Raya Ini

Hari Raya merupakan hari kebesaran dan perayaan bagi umat Islam diseluruh dunia, dan apakah cara lain lagi untuk merayakannya selain dari menonton pelbagai rancangan menarik dan bermutu? Dengan pelbagai pilihan yang ada diluar sana, sudah tentu ianya agak susah untuk memutuskan apa yang harus ditonton.

Untuk membantu anda memanfaatkan sepenuhnya masa tontonan anda Syawal ini, Muslim Pro telah menyenaraikan 10 rancangan terbaik yang boleh anda tonton melalui perkhidmatan penstriman dalam talian Qalbox. Dengan Qalbox disepadukan ke dalam aplikasi Muslim Pro, anda boleh mengakses semua rancangan ini dengan mudah dimana sahaja anda berada. 

Selain itu, untuk mengoptimumkan mutu tontontan anda, kini anda boleh memuat turun Qalbox yang baharu tersedia di Apple TV anda dan TV pintar. Dengan langganan Qalbox, anda bukan sahaja boleh mengakses semua kandungan yang terdapat di dalam Qalbox, ianya juga membolehkan anda mengakses semua ciri premium yang terdapat di dalam aplikasi Muslim Pro!

Dengan pusat hiburan Muslim yang tersedia untuk anda di mana sahaja anda berada, jom lihat pilihan program yang pasti membuatkan anda terhibur sepanjang Raya ini. Jadi, marilah kita terokai senarai rancangan wajib tonton di Qalbox pada Raya ini!

1. Food from the Heart

Di nombor satu, kami tawarkan siri Food from the Heart, di mana penonton melihat sekilas perjalanan kulinari enam chef Muslim di seluruh dunia. Mereka berkongsi bagaimana Islam telah mempengaruhi masakan mereka dan bagaimana mereka mencipta resepi makanan halal yang menyelerakan dengan hidangan tradisional yang inovatif. Kisah-kisah berharga ini meneroka makna di sebalik masakan dan mencipta masakan dari hati. Food from the Heart mesti ditonton oleh sesiapa sahaja yang sukakan budaya dan masakan.

2. I am Muslim

‘I Am Muslim’ ialah siri dokumentari pendek original Qalbox yang menceritakan tentang kehidupan lapan individu yang luar biasa dari pelbagai negara, termasuk Indonesia, Colombia, Malaysia dan Filipina. Siri yang membuatkan penonton berfikir dan menyelami kehidupan saudara Muslim kita yang pelbagai, masing-masing dengan latar belakang budaya dan pengalaman unik mereka sendiri. Pastikan anda menyertakan I Am Muslim dalam senarai pantau Raya anda untuk penerokaan yang membuka mata tentang kepercayaan, budaya dan pengalaman yang dikongsi. 

3. Barakat

Barakat ialah sebuah rancangan yang mengisahkan Aisha Davids, seorang ibu berusia yang berazam untuk menyatukan semula keluarganya yang retak semasa sambutan Aidilfitri. ‘Barakat’ wajib ditonton oleh sesiapa yang menggemari drama kekeluargaan dengan sentuhan komedi. Ia juga merupakan pemenang Anugerah Golden Horn untuk Pencapaian Terbaik dalam Pengarahan dalam Filem Cereka pada 2022.

4. Bilal: A New Breed of Hero 

‘Bilal: A New Breed of Hero’ ialah sebuah filem yang menceritakan tentang perjalanan luar biasa seorang budak lelaki bernama Bilal, berinspirasi daripada kehidupan Bilal ibn Rabah. Bilal, yang pernah menjadi hamba Habsyah, bangkit mengatasi kesukaran dan menjadi sahabat Nabi Muhammad (S.A.W.). Filem ini meneroka kehidupan Bilal, mempamerkan perubahan yang luar biasa dan peranan pentingnya sebagai orang pertama yang melaungkan azan (adzan). Wajib ditonton!

5. One Day in the Haram

Sebuah dokumentari yang tidak pernah ditayangkan sebelum ini yang mana ianya memberikan gambaran eksklusif kepada kerja dalaman Masjidil Haram, tapak paling suci dalam Islam yang khusus hanya untuk orang Islam sahaja. Penonton dibawa dalam perjalanan memukau yang mempamerkan keindahan, kemegahan dan kerja rumit tempat ibadat ikonik ini melalui kacamata individu yang ditugaskan untuk menyelia institusi besar ini. Tambahkan dokumentari ini pada senarai pantauan anda hari ini!

6. The Sultan & Khan

The Sultan & Khan ialah drama sejarah yang mengisahkan kehidupan Jalal ad-Din Mingburnu, seorang pahlawan dan pemimpin yang disegani yang bersaing dengan penakluk bengis Genghis Khan dalam memperjuangkan takhta Empayar Khwarazmian. Beliau berhasrat untuk menyelamatkan Kutlu Bike yang cantik dari kurungan, namun beliau jatuh cinta dengannya. Dengan adegan pertempuran yang menakjubkan, watak yang menarik, dan latar belakang sejarah yang sangat terperinci, ‘The Sultan & Khan’ mesti ditonton oleh sesiapa sahaja yang ingin kembali ke zaman silam.

7. Little Mosque on the Prairie 

“Little Mosque on the Prairie” ialah siri komedi yang menyentuh hati yang mengisahkan tentang kehidupan masyarakat Islam kecil yang rapat sesama mereka. Rancangan ini menceritakan kisah lucu dan menekankan tentang kegembiraan dan perjuangan keluarga, cinta, dan jurang generasi. Rancangan ini adalah siri yang menyegarkan dan menghiburkan yang meneroka kerumitan kepelbagaian budaya dan toleransi agama dalam konteks Kanada yang unik.

8. The Message

Menceritakan tentang Sirah Nabi yang mana ianya menceritakan tentang kehidupan Nabi Muhammad (S.A.W) melalui kacamata Hamza ibn Abdul-Muttalib, bapa saudara Nabi, dan Zayd, anak angkatnya. Rancangan ini mesti ditonton oleh sesiapa sahaja yang berminat dengan sejarah Islam, serta mereka yang ingin mendalami pemahaman mereka tentang prinsip dan ajaran Islam, karya agung abadi yang akan membuatkan anda terinspirasi dan terharu.

9. Omar

‘Omar’ ialah karya agung yang membawa penonton terbuai dalam garapan penceritaan yang kaya, dihidupkan melalui persembahan yang hebat dan visual yang menakjubkan. Ia menggambarkan dengan indahnya kehidupan Omar Ibn Al-Khattab, seorang tokoh yang disegani dalam sejarah Islam. Melalui naratifnya yang menarik, siri ini mengisahkan perjuangan, kejayaan yang luar biasa, dan keimanan yang tidak berbelah bagi Omar Ibn Al-Khattab. Sangat disyorkan untuk mereka yang ingin suka dengan naratif yang hebat dan melaluinya dapat memahami dengan lebih mendalam tentang kehidupan luar biasa Omar Ibn Al-Khattab. Pastikan anda memasukkan ‘Omar’ dalam senarai pantau Raya anda!

10. The Journey

The Journey ialah sebuah filem pendek yang menyentuh hati yang mengisahkan tentang Sherry dalam perjalanannya untuk mendalamkan pengetahuannya tentang Islam. Bersama rakan baiknya yang berbangsa Melayu Muslim, dia melibatkan diri dalam pelbagai acara keagamaan, daripada menonton video tentang Islam kepada menyertai aktiviti Ramadan seperti majlis amal dan majlis berbuka puasa bersama. Sherry secara ansur mula menghayati keindahan Islam, walaupun sedang bergelut dengan emosi bercanggah yang timbul daripada memenuhi hasrat suaminya.

Inilah senarai diatas tentang 10 rancangan terbaik untuk anda tonton bersama rakan dan keluarga pada Raya ini! Semua rancangan dan filem ini boleh diakses dengan mudah dan sedia untuk ditambahkan pada senarai tontonan anda dengan melayari halaman web Qalbox atau melalui aplikasi Muslim Pro. Tunggu apa lagi, dapatkan popcorn, cari tempat yang selesa, dan nikmati 10 rancangan yang mesti ditonton semasa bulan Raya, atau bila-bila sahaja.

Amira

Love yourself.