Siakap Keli
Dari Siling Terus Ke Saf, Kehadiran Lelaki Ini Buat Jemaah Terkejut
Kredit: Instagram

Entah Dari Mana, Lelaki Tiba-tiba Jatuh Gemparkan Jemaah Masjid

Entah Dari Mana, Lelaki Tiba-tiba Jatuh Gemparkan Jemaah Masjid

Pernahkah anda sedang leka melakukan sesuatu perkara, tiba-tiba ada perkara yang berlaku di luar jangkaan anda?

Sudah semestinya, insiden aneh itu akan membuatkan anda termenung dan berfikir sejenak, apa yang berlaku sebenarnya.

Inilah apa yang dihadapi oleh sekumpulan jemaah yang terkejut yang apabila seorang lelaki ‘hadir’ ke ruangan solat secara tiba-tiba.

Menurut Banjarmasin Post, sebuah video yang merakam kejadian itu yang berlaku di ruangan solat Masjid Istiqomah menerusi CCTV menjadi viral di media sosial.

Klip pendek itu juga turut dimuat naik menerusi sebuah akaun Instagram (@terang_media) baru-baru ini.

Berdasarkan tarikh dan masa yang tertera pada rakaman tersebut, insiden tersebut belaku pada kira-kira 11.52 pagi, 12 Mei 2023.

Pada awalnya, terdapat beberapa jemaah yang berada di ruangan solat. Ada yang sedang mendirikan solat secara bersendirian, ada yang sedang membaca doa. Terdapat beberapa orang yang turut beriktikaf di ruangan tersebut.

Ketika sedang khusyuk melaksanakan ibadah masing-masing, tiba-tiba ada seorang lelaki yang ‘datang’ ke ruangan tersebut dalam cara yang agak luar biasa.

Rakaman tersebut menunjukkan seorang pemuda berbaju putih jatuh ke ruangan solat dipercayai daripada tingkat dua masjid tersebut. Namun yang pastinya, kehadiran lelaki tersebut yang entah dari mana membuatkan jemaah yang ada tergamam.

Malah, seorang lelaki berbaju batik yang sedang mendirikan solat turut terganggu dan terpaksa berhenti seketika.

Punca insiden tersebut masih menjadi tanda tanya

Berdasarkan kenyataan Banjarmasin Post, pemuda tersebut didakwa telah terjatuh dari sebuah lubang di tingkat dua.

Difahamkan, perkara tersebut aneh kerana kawasan lubang tersebut telah lama dipasangkan pagar bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.

Pada hujung video tersebut, para jemaah kelihatan terkesima atas apa yang berlaku di matanya. Sebelum sempat dibantu, pemuda yang terjatuh itu terus keluar daripada ruangan solat.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TERANG MEDIA (@terang_media)

BACA: Dapat RM31 Juta Sebab Main Game, Ini 5 ‘Gamers’ Paling Kaya Di Dunia 2023

Sumber: Banjarmasin Post

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma