Tukar benda Kecil Ni Je, Lelaki Ajar Cara “Repair” Mesin Penapis Air Yang Tak Boleh Sejuk
Sumber air yang bersih sangat diperlukan pada masa ini, kerana ia merupakan sesuatu yang penting terutama bagi mereka yang sudah berkeluarga.
Tidak kira apa jenama penapis air sekalipun, barangan itu sekarang ibarat sebagai satu keperluan bagi setiap rumah-rumah di negara kita.
Terutama sekali penapis air yang mempunyai pelbagai fungsi seperti air sejuk dan panas. Ia merupakan pilihan utama bagi suri rumah untuk membantu memudahkan kerja-kerja di rumah.
Penggunaan yang kerap terutama bagi keluarga yang ramai mungkin boleh menyebabkan mesin penapis air tidak berfungsi dengan baik.
Mesin penapis anda mungkin akan mengalami kegagalan fungsi untuk menyejukkan air yang sudah ditapis.
Jika berlaku kerosakan tersebut, jangan buang pula mesin penapis air tadi. Cuba ikhtiar dulu untuk baiki, mana tahu ia masih boleh berfungsi selepas dibaiki.
Namun macam mana nak baikinya?
Jangan risau, untuk mengetahui lanjut berkenaan cara mahu baiki mesin penapis air tadi, pengguna TikTok ini ada jawapannya.
Mari ikuti perkongsian @sayazuhri tentang bagaimana cara dia melakukannya.
Menurut Zuhri, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan membuka bahagian ‘cover’ enjin mesin penapis tersebut.
Tetapi sebelum itu, pastikan mesin penapis air tadi telah ditutup sebelum melakukan proses ini.
Selepas anda membuka ‘cover‘ penapis air tadi, kebiasaannya anda akan menemui ‘overload dan relay‘.

Cuba rasa dulu permukaan overload tadi, jika masih panas atau suam ia bermaksud penapis air anda masih lagi boleh dibaiki.
Tukar komponen relay pada mesin penapis saja
Jadi langkah seterusnya adalah anda perlu menukar ‘relay’ sejenis komponen yang berada di sisi ‘overload’.

Selepas menukar ‘relay‘ yang baru pastikan masuk wayar ke tempat asal ruang yang dibuka awal tadi.
Seterusnya, jika mesin penapis anda dipenuhi dengan habuk-habuk, cuci terlebih dahulu bahagian yang dipenuhi tersebut untuk memastikan mesin penapis bersih.
Terutamanya di bahagian ‘condenser’ mesin penapis tersebut, kerana fungsi ‘condenser’ adalah untuk melepaskan haba.

Usai melakukan proses pembersihan, cuba ‘on’ kan mesin penapis tadi untuk melihat sama ada ia berfungsi.
Jika air keluar dengan sejuk, maka cubaan anda untuk membaiki mesin penapis air tadi sudah berjaya.
Diharap dengan penulisan perkongsian pada hari ini dapat membantu anda yang mengalami masalah dengan mesin penapis air yang tidak sejuk.
@sayazuhri Water dispanser tak sejuk? Nak buang kee? Lekk luu kita diy #fyp #foryou #learnontiktok #learnonzuhri #ticerzuhri #fypp
Sumber: TikTok via @sayazuhri