Siakap Keli
sebutan croissant perancis
Kredit: @lillythetalkingflower/TikTok & NY Times

Ramai Silap, Ini Sebutan Sebenar ‘Croissant’ Ikut Bahasa Perancis

Ramai Silap, Ini Sebutan Sebenar ‘Croissant’ Ikut Bahasa Perancis

Kadang-kadang perkataan dari bahasa Inggeris boleh jadi mengelirukan kerana ejaan tidak sama dengan cara sebutan disebabkan gabungan abjad membentuk sesuatu perkataan.

Pun begitu, selain daripada bahasa Inggeris, terdapat juga perkataan dari bahasa Perancis yang sukar untuk disebut oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

Hal ini kerana, ia mempunyai loghat negara tersendiri yang menyukarkan masyarakat untuk mendapatkan sebutan yang betul.

Antaranya ialah makanan roti yang terkenal, iaitu croissant yang bentuknya menyerupai bulan sabit dan juadah yang sering dihidangkan di Perancis.

Rata-rata rakyat Malaysia yang berlidah Asia ini menyebut roti tersebut dengan pelbagai jenis bunyi / sebutan mengikut pengetahuan masing-masing.

Namun, sebenarnya bagaimana sebutan roti itu disebut? Untuk perkongsian kali ini, ia menekankan mengenai cara sebutan croissant yang diajar oleh bekas pensyarah bahasa Inggeris.

BACA: Tak Perlu Risau Kalau Duit Tak Cukup, Ini Tips Plaza Tol Berguna

Cara sebutan croissant

Lilly Liyana (@lillythetalkingflower) di TikTok mendedikasikan sebuah video mengenai cara sebutan roti tersebut kerana soalan itu merupakan antara soalan yang sering ditanya oleh warga maya.

Oleh kerana pada ketika itu dia berada di Paris, Lilly Liyana mengambil peluang untuk melakukan video tersebut walaupun dia tidak mengajar bahasa Perancis.

“Ramai daripada anda telah bertanya kepada saya, sebutan untuk perkataan ini.

“Saya mengajar bahasa Inggeris, malangnya bukan Perancis. Tetapi kerana saya berada di Paris, mari buat sebutan untuk perkataan itu,” katanya.

Difahamkan, sebutan roti itu disebut sebagai ‘kwa-son’ walaupun pada asasnya ejaan tersebut ialah croissant.

Walaupun croissant mempunyai T di hujungnya, namun huruf itu tidak kedengaran semasa disebut.

Perkataan T hanya dapat dirasakan di bahagian hidung apabila ia didengungkan sedikit.

Kredit: @lillythetalkingflower/TikTok

“Sebenarnya, ia croissant (kwa-son), dua sebutan untuk satu perkataan.

“Tiada banyak sangat sebutan abjad T di hujung, bunyi T dia macam congek dengung dekat hidung,” jelasnya.

Jelasnya, walaupun ada sesetengah negara Inggeris yang menyebut berlainan dengan Perancis, namun perkataan itu hanya mempunyai satu sebutan.

Ia diibaratkan seperti loghat dalam bahasa yang Perancis gunakan.

“Walau bagaimanapun, saya tahu di negara Inggeris tertentu cara mereka menyebutnya adalah croissant (kro-sant) namun untuk sesetengah perkataan, ia mempunyai bunyi yang tersendiri dan tidak berubah.

“Macam mat salleh sebut durian dan bukannya, du-yen. Ia sentiasa durian, begitu juga dengan rambutan.

“Sama juga dengan Perancis, ia adalah croissant (kwa-son),” tambahnya.

Sekiranya ingin menonton video penuh, saksikan di bawah ini.

@lillythetalkingflower

Replying to @bigcrybaby 🚸 It’s a French word 🥐 #croissant #fypシ

♬ original sound – Lillythetalkingflower – Lillythetalkingflower

Sumber: @lillythetalkingflower/TikTok

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana