Terkini

Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Barcelona Juara La Liga
Gambar: JOSEP LAGO/AFP

Barcelona Kembali Rampas Takhta Juara La Liga

Iqbal Yasir

Barcelona Kembali Rampas Takhta Juara La Liga

BARCELONA — Kelab gergasi Sepanyol, FC Barcelona mengesahkan kejuaraan ke-27 La Liga pada musim ini selepas menewaskan Espanyol 4-2 awal pagi tadi, lapor AFP.

Barcelona Juara La Liga 2021-23

Pasukan itu kembali merampas gelaran juara liga itu sejak kali terakhir memenanginya pada musim 2018-19 lalu.

Bermain di RCDE Stadium, anak-anak buah Xavi Hernandez tidak menghadapi sebarang kesukaran pada separuh masa pertama apabila menyumbat tiga gol.

Gol pertama Barca hadir menerusi penyerang Robert Lewandowski pada minit ke-11 disusuli gol kedua sembilan minit kemudian oleh Alejandro Balde.

Barcelona Juara Liga
Gambar: JOSEP LAGO/AFP

Pelawat semakin selesa di hadapan apabila Lewandowski sekali lagi mencetak gol ketiga Barca dan gol kedua peribadinya dalam perlawanan itu pada minit ke-40.

Masuk separuh masa kedua, Jules Kounde menambah derita tuan rumah dengan gol keempat perlawanan lima minit sejurus perlawanan bermula.

Bagaimanapun, Espanyol cuba memberikan cabaran dan berjaya memperolehi dua gol pada minit ke-73 menerusi Javi Puado dan Joselu pada lewat permainan.

Barcelona Juara Liga
Gambar: JOSEP LAGO/AFP

Trofi Pertama Xavi bersama Barca

Lebih manis lagi, kejuaraan liga itu merupakan yang pertama kelab itu bersama jurulatihnya, Xavi Hernandez sejak mengambil alih pasukan itu sejak November 2021.

Kemenangan itu menandakan peningkatan semula kelab Sepanyol itu selepas mengalami kejatuhan prestasi beberapa tahun kebelakangan ini.

BACA JUGA: Man United Buru Semula Slot Ke Liga Juara-Juara

Menurut Xavi, kemenangan ini cukup bermakna buat pasukan selepas mereka tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara pada peringkat kumpulan.

Gambar: JOSEP LAGO/AFP

Tambahnya, anak-anak buahnya kembali mendapat rentak dengan memenangi Piala Super Sepanyol pada Januari lalu dan kini bergelar juara liga walaupun mempunyai baki perlawanan.

“Beberapa bulan lalu merupakan detik yang cukup sukar dan beremosi. Kemenangan ini merupakan bukti baik buat kelab dan bergerak ke arah yang tepat.

“Saya sangat gembira. Kami melakukan dengan baik dengan memenangi liga dan berbaki empat perlawanan lagi,” katanya.

Sebelum ini, Presiden Kelab, Joan Laporta telah dikritik hebat pada musim panas lalu susulan pembentukan semula pasukan dan dikaitkan dengan masalah kewangan.

14 Mata Di hadapan Pencabar

Untuk makluman, Barcelona kini berada di takhta liga dengan 85 mata.

Pasukan itu berada 14 mata di hadapan pencabar, Real Madrid yang mengumul 71 mata selepas 34 perlawanan setakat ini. Manakala Atletico Madrid di tangga ketiga dengan 69 mata.

Sumber: AFP