Siakap Keli
Man United Liga Juara-Juara
Gambar: DARREN STAPLES / AFP

Man United Buru Semula Slot Ke Liga Juara-Juara

Man United Buru Semula Slot Ke Liga Juara-Juara

MANCHESTER — Kemenangan 2-0 Manchester United ke atas Wolves yang dicatatkan semalam membolehkan pasukan itu memburu semula slot ke liga Juara-Juara, lapor AFP.

United Optimis Buru Slot Ke Liga Juara-Juara

Turun di Old Trafford, pasukan itu memburu tiga mata di laman sendiri selepas hanya mencatatkan dua kemenangan dalam lapan perlawanan sebelum ini.

Perkara itu turut diperkatakan oleh Jurulatih The Red Devils, Erik Ten Hag dengan ketiadaan Marcus Rashford akibat kecederaan.

“Kami perlu bangkit semula. Kami telah tewas dua kekalahan sebelum ini akibat kesilapan individu, tidak bermain dengan baik dan menampilkan permainan yang perlahan.

“Hari ini kami perlu menang dan kami berjaya buktikan,” katanya.

Tambahan lagi, pencabar slot itu, Newcastle United terikat 2-2 sewaktu melayani kunjungan Leed United.

Dalam perlawanan semalam, anak-anak buah Ten Hag menampilkan corak permainan yang bertenaga dengan beberapa kali serangan hampir menterjemahkan kepada gol.

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Gol yang dicari-cari United hadir pada minit ke-32  menerusi penyudah Anthony Martial yang menolak masuk bola ke gawang lawan selepas menerima hantaran Antony.

Walaupun bermain dengan cukup baik, namun beberapa kesilapan tuan rumah hampir mengundang padah.

The Red Devils mengunci tiga mata selepas kemasukan Alejandro Garnacho yang mencatat nama sebagai penjaring pada penghujung perlawanan.

Sehingga kini, United berada di tangga keempat liga berkongsi 66 mata dengan Newcastle United yang berada di kedudukan ketiga selepas 35 perlawanan. Manakala Liverpool di kedudukan kelima dengan 62 mata.

Southampton Tersingkir Dari Liga

Sementara itu, Southampton secara sah tersingkir dari Liga Perdana Inggeris selepas mengalami kekalahan 0-2 terhadap Fulham di gelanggang sendiri.

Kekalahan itu menyebabkan Southampton masih ketinggalan lapan mata daripada zon penyingkiran  walaupun kembalinya dua pemain utama mereka, Carlos Vinicius dan Aleksandar Mitrovic.

Kini Southampton hanya berbaki dua perlawanan untuk dimainkan sebelum tamat liga. Ia sekaligus menamatkan 11 tahun cabaran kelab itu dalam liga terbaik dunia.

Sumber: AFP  Via France24

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?