Siakap Keli
masitah kemalangan
Kredit: TikTok @n.mashyaircond

Buta Akibat Kemalangan, Aura Masitah Kekal Positif & Tersenyum Beri Inspirasi

Buta Akibat Kemalangan, Aura Masitah Kekal Positif & Tersenyum Beri Inspirasi 

Biarpun mengalami kecederaan parah selepas kemalangan jalan raya sehingga meragut deria penglihatannya, seorang wanita ini masih kekal positif dalam menjalani kehidupan seharian.

Tular di media sosial, rakaman mengenai wanita yang dikenali sebagai Masitah dilihat sangat positif berkongsi pengalaman ngeri yang dialami olehnya pada Mac lalu.

Kemalangan tersebut membuatkan Masitah mengalami keretakan di bahagian tempurung kepala sehingga kedudukan mata tidak selari.

Menurut Masitah, dia hanya menganggap perkara yang berlaku adalah ujian yang oleh Maha Pencipta terhadap dirinya.

Malah suaminya juga turut menerima dengan hati terbuka apabila mendapat tahu dia tidak lagi boleh melihat.

“Jadi, dia terus cakap dengan saya, tidak boleh melihat, okay, next. Some will, some would, so what, next. Kita pakai formula yang sama.

“Sesetengah kecelakaan akan sembuh, sesetengah kecederaan tidak akan sembuh dan kekal. Jadi apa? Next,” katanya.

Dia berkata demikian selepas menerangkan reaksi suaminya terhadap keadaan dirinya.

Masitah turut berkongsi pengalaman pertama sebagai wanita cacat penglihatan mengendalikan suami yang mengalami demam panas.

Masitah berkata suaminya terkena demam panas ketika membantu dirinya disebabkan dia tidak boleh berjalan.

Dalam keadaan seperti itu, Masitah tidak dapat melakukan apa-apa kerana keadaan dirinya dan hanya mampu menangis.

“Saya rasa hopeless, saya rasa tidak mampu dan tidak boleh melakukan apa-apa. Itu adalah hari yang saya nangis,” katanya dalam satu perkongsian video di TikTok Sinar.

Dalam masa yang sama, Masitah juga menceritakan bahawa sebelum ini dia pernah bermimpi melihat wajah suaminya.

Walaupun tidak boleh melihat di alam nyata, namun Allah S.W.T kurniakan mimpi kepadanya untuk melihat raut wajah suaminya.

BACA: Khairul Aming Kongsi Tips Beli Tiket ‘Standing’ Konsert Coldplay

Lihat perkara dari sudut positif

Tindakan Masitah mengendalikan perkara sedemikian membuatkan ramai yang kagum dengan sikapnya yang tenang walaupun berdepan dengan ujian hebat.

Aura yang ditunjukkan Masitah serba sedikit membantu segelintir orang ramai untuk melihat masalah yang dihadapi ke arah sudut yang lebih baik.

Apabila ditanya bagaimana boleh melihat kemalangan itu ke sudut positif, Masitah berkata dia tidak mempunyai jawapan kerana hanya menjadi dirinya.

“Mungkin saya lebih suka melihat semua perkara dari perspektif ataupun sudut yang lebih menyeronokkan.

“Sebagai contoh, ujian saya panggil gurauan. Kenapa? Saya lebih suka melihat dari pandangan yang mana lebih menyenangkan hati kita, lebih menggembirakan kita yang boleh buat kita maju ke hadapan,” jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai ujian sebagai gurauan, Masyitah berkata itu adalah cara untuk menjadikannya lebih positif.

“Apabila kita pilih perkataan yang kita nak masukan dalam otak, hati sebab apa yang kita cakap, fikir, buat semuanya doa.

“Jadi saya doa Allah bergurau dengan saya, sebab kita hanya bergurau dengan orang yang kita sayang. Kita tidak bergurau dengan orang yang kita tak suka.

“Kita tidak bergurau dengan orang yang kita benci. Kita bergurau dengan orang yang kita sayang, orang yang kita kisah, ambil berat,” katanya lagi.

Kredit: TikTok @n.mashyaircond

Ujarnya, disebabkan itu dia memilih untuk gunakan perkataan yang positif.

Hal ini kerana apabila melatih diri ke arah kebaikan seperti guna perkataan positif, lihat perspektif yang baik maka secara tidak langsung diri akan menjadi seorang yang positif.

“Bukan ujian tetapi gurauan…”

Tambahnya, terdapat sesetengah daripada orang ramai melihat apa yang berlaku ke atas dirinya adalah ujian kehidupan.

Bagi Masyitah perkara itu tidak salah kerana secara amnya itu yang diajar daripada dahulu.

“Tapi saya pilih untuk lihat daripada sudut positif dengan menggunakan perkataan yang lebih positif.

“Ia bukan ujian, tapi adalah gurauan sebab kita hanya boleh bergurau dengan orang  yang kita sayang.

“Saya berharap Allah bergurau dengan saya, sebab Allah sayang,” tambahnya.

Kemalangan yang mengubah corak kehidupan

Kredit: TikTok @n.mashyaircond

Terdahulu, Masitah terbabit dengan satu kemalangan bersama salah seorang kakitangannya di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) Arah Selatan, pada 21 Mac lalu.

Kemalangan tersebut turut meragut nyawa kakitangan yang memandu kereta itu selepas dia mengalami kecederaan parah.

“Apa yang terjadi ialah kereta mengalami kerosakan, sistem down, kereta tidak dapat dikawal, tiba-tiba menghentam ke kiri.

“Kita dah cuba habis daya untuk kawal, beg udara juga tidak berfungsi memang sistem down jadi dia hentam ke bahagian kiri.

“Allah takdirkan ada sebuah lori 15 tan menyebabkan sebelah kiri kereta remuk teruk,” jelasnya.

@n.mashyaircond

Macam mana boleh positif macam ni? Kenapa saya kata Allah tgh bergurau dgn saya? Ini ceritanya #masitahaccident #inspirasi #buta

♬ original sound – N.Mashy – N.Mashy

Sumber: TikTok @n.mashyaircond, (2), @mama_hedys, Sinar

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana