Siakap Keli
Kereta Terbakar Empat Maut
Gambar: Sinar Harian

Kereta Terbakar Lepas Rempuh Lori, Empat Termasuk Tiga Beradik Maut

Kereta Terbakar Lepas Rempuh Lori, Empat Termasuk Tiga Beradik Maut

KAMPAR —  Empat dilaporkan maut termasuk tiga beradik dalam satu nahas melibatkan sebuah kereta dan lori berhampiran Kilometer 310.2 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan awal pagi tadi, lapor Sinar Harian.

Kereta Terbakar Empat Dilapor Maut

Dalam kejadian 2.27 pagi, kenderaan yang dinaiki mereka terbakar selepas merempuh belakang lori tersebut.

Mangsa yang meninggal dunia ialah lelaki berusia 23 tahun, kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dan kanak-kanak perempuan berumur lapan tahun. Manakala seorang lagi wanita berumur 45 tahun.

Kesemua mereka disahkan maut di tempat kejadian.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang merupakan adik-beradik kepada tiga beradik (meninggal dunia) mengalami cedera parah.

Menurut Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud, kereta jenis Proton Saga yang dipandu lelaki berumur 23 tahun itu dalam perjalanan ke Tapah.

Difahamkan, kejadian dipercayai berpunca akibat kenderaan yang dipandu mangsa hilang kawalan sewaktu tiba di lokasi kejadian. Susulan itu, kenderaan tersebut telah melanggar bahagian belakang lori yang berada di lorong kiri.

“Semua mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala.

“Empat daripada mereka maut di tempat kejadian. Manakala seorang berada dalam keadaan kritikal dan telah dikejarkan ke Hospital Tapah untuk rawatan lanjut,” ujarnya kepada pemberita.

Mangsa yang maut dibawa ke hospital Kampar bagi proses bedah siasat.

Tambahnya, pemandu lori, 25, dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dalam pada itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata kebakaran itu mengakibatkan lima peratus di bahagian hadapan kenderaan.

Jelas Mohammad Ehsan, orang awam yang berada di lokasi kejadian bertindak pantas memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api.

“Semasa kejadian terdapat dua mangsa tersepit dan anggota membuat penyelamatan menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa.

“Terdapat mangsa yang maut telah melecur di bahagian anggota badan,” jelasnya lagi.

BACA JUGA: Wanita Rentung Kereta Terbakar Dalam Kemalangan

Dua Rentung Dalam Kemalangan Melibatkan Lori 

Terdahulu, dua individu dilaporkan rentung selepas terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Temerloh-Kuala Krau dekat Kampung Datuk Sharif Ahmad, lapor Sinar Harian.

Difahamkan, kereta yang dinaiki mereka dilaporkan terbakar selepas melanggar sebuah lori.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zuldadli Zakaria berkata pada jam 10.48 pagi, pihak bomba telah mendapat panggilan mengenai kejadian itu.

Tambah Zulfadli, seramai 12 orang anggota dan tiga pegawai melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krau dengan bantuan BBP Temerloh bersama tiga jentera telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, terdapat dua mangsa tersepit dan terbakar dalam sebuah kereta. Anggaran kemusnahan 100 peratus dan kepala lori terbakar 80 peratus,” jelasnya dalam satu kenyataan.

BACA JUGA: Seorang Rentung Kemalangan Di Lebuhraya Guthrie

Sumber: Sinar Harian

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?