Siakap Keli
seat terbaik dalam konsert
Kredit Rate Your Seats

Jangan Duduk Sini Kalau Rendah, Ketahui “Seat” Terbaik Dalam “Venue” Konsert

Jangan Duduk Sini Kalau Rendah, Ketahui “Seat” Terbaik Dalam “Venue” Konsert

Pembukaan sempadan negara selepas penyebaran wabak Covid-19 telah menunjukkan reaksi positif dalam pembangunan semula negara.

Ekonomi mula rancak semula dengan adanya aktiviti pelancongan daripada dalam dan luar negara.

Perkara itu juga dapat dilihat dengan berlangsungnya konsert-konsert jelajah penyanyi antarabangsa sehinggalah penyanyi tempatan negara.

Paling terbaru adalah pengumuman konsert jelajah kumpulan muzik terkenal Coldplay yang bakal diadakan pada 22 November ini.

Untuk melihat secara langsung persembahan artis kegemaran anda, pemilihan tempat duduk semasa konsert diadakan sangat penting bagi memberikan pengalaman yang terbaik.

Justeru penulisan artikel pada hari ini akan memberikan perkongsian tentang bagaimana cara pemilihan tempat duduk semasa konsert diadakan.

Pemilihan itu akan dibahagikan kepada beberapa bahagian tempat duduk yang sering kali menjadi susunan utama konsert.

Bahagian lantai

Kebiasaannya bahagian tempat duduk ini akan menjadi kawasan pilihan yang sangat pantas menjadi rebutan peminat.

Lantai biasanya merupakan tempat permainan bagi sukan acara hoki atau bola keranjang. Namun, semasa konsert tempat itu biasanya diubah menjadi tempat duduk.

Memandangkan kawasan ini bukan struktur tetap, ia juga sering menjadi kawasan yang boleh disesuaikan dan berubah bergantung kepada penganjur konsert.

Kredit Rate Your Seats

Kebanyakan konsert, pentas akan diletakkan di satu bahagian hujung dan tempat duduk penonton di sekeliling pentas serta di hadapan pentas.

Bahagian lantai kebiasaannya adalah untuk peminat fanatik artis yang mahu berada sedekat mungkin dengan penyanyi kegemaran mereka. Tempat duduk di bahagian ini lazimnya merupakan yang paling mahal dalam senarai jualan tiket.

Jika anda seorang yang rendah tidak digalakkan untuk membeli tiket di bahagian ini kerana penglihatan anda mungkin akan terhalang dengan penonton yang lebih tinggi.

Bagi kebanyakan konsert artis pop, heavy rock dan country bahagian lantai juga dikhususkan untuk berdiri tanpa tempat duduk. Ia bagi memberikan penonton kepuasan untuk menari dan melompat menikmati konsert.

BACA: Khairul Aming Kongsi Tips Beli Tiket ‘Standing’ Konsert Coldplay

B-Pentas dan Runways

Untuk berada lebih dekat dengan ramai peminat, ramai penyanyi akan melakukan pentas tersuai yang disediakan pada waktu persembahan.

Pentas boleh terjadi dalam bentuk landasan yang membawa mereka ke bahagian tengah lantai atau pentas yang berasingan sepenuhnya.

Kredit Rate Your Seats

Peringkat berasingan ini biasanya dipanggil “B-Stages” dan “Runways”. Penyanyi yang menggunakan pentas ini bertujuan untuk mendekatkan diri dengan peminat di seberang arena dan memberikan pengalaman yang tidak daapt dilupakan.

Jika tempat duduk di lantai atau bahagian tingkat bawah yang berdekatan dengan pentas berada di luar bajet anda, cuba cari tempat duduk di bahagian yang lebih dekat dengan pentas.

Peringkat atas

Jika bajet anda rendah namun mahu merasakan pengalaman menghadiri konsert artis kegemaran anda, maka tempat duduk ini sesuai dengan anda.

Tiket bagi tempat duduk di peringkat atas biasanya merupakan tiket bagi harga yang paling murah. Ini disebabkan jarak tempat duduk penonton yang jauh dari pentas utama.

Kredit Rate Your Seats

Bergantung pada persembahan, tempat duduk ini berkemungkinan besar untuk orang ramai yang duduk, tetapi ia mungkin juga berbeza-beza bagi setiap persembahan.

Jika anda seorang yang suka berdiri dan menari semasa persembahan, ambil perhatian tentang perkara ini. Kerana penonton yang lain mungkin kecewa dengan anda kerana menghalang pandangan mereka.

Disebalik pentas

Bagi tempat duduk seterusnya ini ia selalunya akan dikaitkan dengan pemandangan pentas yang terhad atau terhalang.

Namun, kelebihan bagi tempat ini ialah anda boleh mendekati pentas pada harga yang jauh lebih rendah.

Kredit Rate Your Seats

Peminat yang duduk di tempat duduk ini sering mungkin akan berasa sedikit tersisih daripada persembahan tersebut. Terutamanya jika persembahan melibatkan instrumen atau prop dalam persembahan penyanyi tersebut.

Walau bagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana anda masih boleh menikmati persembahan artis kegemaran anda tersebut dengan tayangan skrin video penyanyi.

Pentas utama

Lazimnya untuk pertunjukan pentas tengah, artis sering melakukan yang terbaik dalam membuat persembahan di setiap sudut pentas.

Kadangkala persembahan akan menjadi kreatif dengan menampilkan pentas berputar supaya kawasan arena menikmati layanan yang sama rata.

Kredit Rate Your Seats

Persediaan pentas begini akan memberikan sedikit perbezaan untuk tempat duduk penonton. Pentas di bahagian tengah akan menjadi tempat duduk yang terbaik dan terdekat penonton dengan artis kegemaran mereka.

Tempat duduk ini semestinya akan memberikan pengalaman yang indah buat penonton yang ingin menyaksikan artis kesukaan mereka lebih dekat lagi.

Pemandangan langsung

Tempat duduk jenis ini akan memberikan anda pengalaman melihat langsung ke arah pentas tanpa perlu memusingkan kepala atau badan untuk melihat persembahan.

Kredit Rate Your Seats

Memandangkan kebanyakan arena merupakan tempat acara sukan diadakan, bahagian sisi tempat duduk ini memerlukan anda menyesuaikan diri untuk melihat pentas.

Tidak kira di mana anda duduk, atau siapa yang anda tonton, perkara paling penting adalah berseronok dan menikmati muzik.

Kebanyakan artis hanya datang sekali setiap beberapa tahun, jadi ia merupakan peluang terbaik untuk menikmati persembahan yang di inginkan.

Sumber: Rate Your Seats

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka