Siakap Keli
Konsert Coldplay tambah sehari
Gambar: Souncloud, Live Nation Malaysia

Coldplay Umum Tarikh Konsert Di Malaysia, Tiket Dijual Bermula 16 Mei

Coldplay Umum Tarikh Konsert Di Malaysia, Tiket Dijual Bermula 16 Mei

Kumpulan muzik terkenal antarabangsa, Coldplay mengumumkan tarikh konsert jelajah “Music of the Spheres” yang akan dibuat di Malaysia jatuh pada 22 November ini.

Pengumuman tersebut dimuat naik melalui akaun Instagram Live Nation Malaysia sebentar tadi.

Melalui perkongsian tersebut, konsert tersebut bakal diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Tiket konsert tersebut dilaporkan akan mula dijual pada 16 Mei bermula dari 10 pagi hingga 11:59 malam untuk pemegang kad CIMB Bank.

Manakala bagi jualan tiket rasmi pula dilaporkan akan dibuka pada 17 Mei dari 10 pagi sehingga tiket habis dijual.

Untuk makluman, konsert Coldplay yang bakal diadakan di Malaysia ini adalah pertama kali.

Pengumuman tersebut sekali gus menggembirakan peminat di Malaysia yang sudah lama menantikan persembahan band kesayangan mereka itu.

Selain Coldplay, ratu Rock negara Ella Aminuddin turut mengumumkan bakal mengadakan konsert pada bulan Jun ini.

Pengumuman itu dibuat Ella menerusi sidang media yang diadakan pada malam tadi. Konsert yang dinamakan ‘Jilid Akhir Ella Puteri Kota’ bakal diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 10 Jun nanti.

Selain itu, Ella turut membuat pengumuman berkenaan konsert tersebut menerusi Twitter miliknnya. Menurutnya, tiket akan mula dijual pada Isnin depan, bermula 12 tengah hari.

BACA: Padam Semua Gambar, Ella Ucap Selamat Tinggal?

Tiket bakal dijual dengan harga paling mahal iaitu VIP RM499, seterusnya Platinum RM299, Gold RM199, Rockzone RM149 dan yang paling murah ialah Silver RM99.

Pembelian tiket bagi VIP, Platinum dan Gold bakal mendapat beberapa barangan eksklusif konsert antaranya ialah ‘official lanyard’, ‘official poster’, ‘merchandise beg’.

Konsert itu diadakan bagi mengenang 35 tahun ulang tahun Ella dalam industri muzik tanah air dengan penghasilan lagu bergenre ‘Rock’.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Live Nation Malaysia (@livenation.my)

Sumber: Livenation via Instagram

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka