Siakap Keli
Mata wang Rupiah
Kredit Bank Indonesia

Mata Wang Rupiah Rangkul Pengiktirafan Dunia, Kalahkan 29 Mata Wang Negara Lain

Mata Wang Rupiah Rangkul Pengiktirafan Dunia, Kalahkan 29 Mata Wang Negara Lain

Mata wang Rupiah yang dikeluarkan pada tahun 2022 dilaporkan telah menerima anugerah daripada International of Currency Affairs (IACA).

Memetik Detik.com, Rupiah telah mengalahkan berpuluh-puluh negara lain dan menjadi siri wang kertas baharu terbaik di Anugerah Mata Wang ke-17 untuk tahun 2023 di Mexico.

Pecahan mata wang Rupiah IDR100,000, IDR50,000, IDR20,000, IDR10,000 IDR5,000, IDR2,000 dah IDR1,000 berjaya mengalahkan finalis mata wang negara lain.

Antara finalis yang dikalahkan adalah daripada Bank Sentral Costa Rica, Bank Sentral Mexico, Bank Sentral Filipina dan Bank Pusat Bahamas.

Ketua Jabatan Pengurusan Wang Bank Indonesia (BI), Marlison Hakim berkata anugerah ini bermakna bahawa rupiah diiktiraf di dunia.

“Ada 11 negara termasuk Indonesia yang menjadi calon. Kemudian lima negara finalis dipilih. Dari lima finalis, Indonesia dinobatkan sebagai pemenang,” katanya kepada detik.com pada hari ini.

Marlison menjelaskan bahawa elemen penilaian pemenang ditentukan melalui kriteria yang merangkumi inovasi dan keunikan ciri keselamatan, integrasi elemen sejarah.

Ia termasuk juga dengan kandungan tempatan yang berkaitan dengan negara terbitan, keberkesanan integrasi ciri keselamatan dan penampilan estetik dan reka bentuk wang kertas.

Satu bentuk penghargaan antarabangsa

Pencapaian di kedudukan tertinggi TE 2022 Rupiah dalam anugerah bertaraf dunia merupakan satu bentuk penghargaan antarabangsa terhadap kualiti Rupiah Indonesia.

Kejayaan ini adalah kesinambungan daripada pencapaian sebelumnya yang diraih ketika acara Mata Wang Peringatan Hari Kemerdekaan Republik Indonesia ke-75.

Dalam acara tersebut, pecahan mata wang IDR75,000 merupakan finalis bagi peringatan terbaik di Anugerah Mata Wang 2022.

Pengarah Eksekutif Jabatan Komunikasi BI, Erwin Haryono menjelaskan bahawa Anugerah Mata Wang IACA adalah anugerah yang diberikan atas pencapaian dalam pembangunan dan inovasi sektor pembayaran tunai.

Kemuncak anugerah ini diakhiri dengan persidangan yang diadakan di Bandar Mexico.

Anugerah IACA telah dimulakan pada tahun 2007 untuk mempromosikan dan mengiktiraf kualiti wang kertas dan syiling.

Selain itu, ia juga menilai pemprosesan, pengurusan, pengedaran dan aktiviti yang berkaitan dengan wang tunai.

IACA yang berpangkalan di Texas, Amerika Syarikat ditubuhkan pada tahun 2004 ialah sebuah organsisasi bukan untung bebas yang mempromosikan kualiti kitaran tunai.

BACA: Lelaki Bongkar Simpan Wang Lebih RM30k Di Rumah, Terpaksa Minta Tolong Jiran Kirakan

Ia juga berfungsi sebagai forum untuk perundingan dan kerjasama dalam sistem pembayaran tunai yang ahlinya terdiri daripada bank pusat pengeluar wang. Termasuk pihak berkuasa dan industri seperti syarikat pencetak wang, pembekal bahan pencetak wang.

Untuk makluman, BI melancarkan TE 2022 pada 17 Ogos 2022 bertepatan dengan ulang tahun ke-77 kemerdekaan RI yang dicetak sepenuhnya di dalam negara.

Mata wang TE 2022 Rupiah membawa tema ‘Bersatu dalam Rupiah, Berdaulat di Republik Indonesia’ dengan menampilkan Pahlawan Negara, budaya dan landskap.

Sumber: Detik.com

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka