Siakap Keli
barang titanic ditemui
Kredit: Daily Mail

Ribuan Paun Daging, Kasut, Cadar, Botol Minuman Keras Antara Barang Ditemui Di Kapal Titanic

Ribuan Paun Daging, Kasut, Cadar, Botol Minuman Keras Antara Barang Ditemui Di Kapal Titanic

Sepasang kasut antara barang yang dijumpai dalam bangkai kapal terkenal, Titanic selepas pakar mendedahkan gambaran penuh dalam bentuk 3D semalam, lapor Daily Mail.

Barangan lain juga ditemui termasuk 2,500 gelas champagne, botol minuman keras, 45,000 tuala kecil dan 50,000 tuala badan.

Satu lagi gambar menunjukkan peninggalan tangga besar kapal mewah yang hampir tidak dikenali, yang juga merupakan tempat pertemuan epik oleh pasangan fiksyen Jack and Rose.

Stok barangan yang dibawa

Apabila ia berlepas dari Southampton, Titanic juga dikatakan turut menyediakan stok barangan untuk kegunaan bilik iaitu 18,000 helai cadar, 7,500 selimut dan 5,000 alas meja.

Terdapat juga 800 alas untuk cadar katil, 12,000 pisau, 12,000 garpu, 19,000 sudu dan 400 besen gula.

Selain itu, antara yang ditemui ialah 500 jag krim, 1,000 mangkuk, 12,000 cawan dan piring serta 1,200 teko.

Selain champagne, minuman di atas kapal termasuk 1,000 botol wain, 850 botol spirit dan 150,000 botol air turut dibawa semasa pelayaran itu.

Makanan pula termasuk 75,000 paun daging merah, 25,000 paun daging itik dan 11,000 paun ikan segar.

Ia juga termasuk 40,000 biji telur, 250 kampit tepung, 40 tan kentang, 800 ikatan asparagus dan 36,000 biji epal.

Sehingga kini, gambar bangkai kapal hanya boleh ditangkap kawasan yang sangat kecil pada satu masa disebabkan keadaannya yang gelap.

Dalam masa yang sama, keadaan kapal yang teruk kerana berada di 2.5 batu di bawah permukaan laut juga menyumbang kepada masalah itu.

Namun selepas menggunakan pemetaan laut dalam, imej terkini menunjukkan seolah-olah air di sekeliling kapal itu telah kering.

Gambaran itu juga memaparkan pemandangan luar biasa di mana ia lebih terperinci mengenai tempat pendaratan terakhirnya.

Pakar berharap imbasan digital bersaiz penuh yang unik akan membantu menjelaskan beberapa aspek tepat tentang apa yang berlaku pada malam ia tenggelam pada tahun 1912.

Kapal yang tenggelam itu juga telah meragut nyawa seramai 1,500 penumpang dan anak kapal.

Walau bagaimanapun, masih terdapat perdebatan mengenai tempat di mana kehancuran gunung ais berlaku.

Menurut ahli sejarah, kemungkinan gunung ais itu terhakis di bahagian bawah Titanic.

Ia bukannya di sebelah kanan, seperti yang difilemkan pada umum.

BACA: Akhirnya Gambaran Lengkap Kapal Titanic Didedahkan Dalam Bentuk 3D

Kredit: Atlantic Productions/Magellan

Antara tapak yang dicipta semula dalam gambaran 3D itu ialah lubang di dek bot iaitu tempat tangga besar didirikan, serta pemandangan jambatan kapten dan rumah roda.

Imbas kembali

Untuk rekod, kapal White Star Line adalah yang terbesar dan paling mewah di dunia apabila ia berlayar pada pelayaran sulungnya dari Southampton ke New York, 10 April 1912.

Titanic berukuran 883 kaki panjang dan mempunyai 2,220 orang di atas kapal.

Pada 14 April 1912, kapal itu melanggar gunung ais sebelum tengah malam dan tenggelam kira-kira dua jam 40 minit.

Kapal itu juga pecah kepada dua bahagian sejurus sebelum ia tenggelam pada jarak 2,600 kaki di dasar laut.

Bangkai itu ditemui sekitar 370 batu di selatan Newfoundland, Kanada selepas ekspedisi menyelam dilakukan untuk menyiasat bangkai kapal itu.

Sumber: Daily Mail

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.