Siakap Keli
suami siteri maut genting highland
Gambar: BERNAMA

Suami Isteri Dilapor Maut, Dipercayai Terjatuh Dari Bangunan Hotel Di Genting Highland

Suami Isteri Dilapor Maut, Dipercayai Terjatuh Dari Bangunan Hotel Di Genting Highland

Sepasang suami isteri berasal dari Taiping, Perak ditemui maut dipercayai terjatuh daripada sebuah bangunan hotel, dalam kejadian yang berlaku di Genting Highland, pada Selasa.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata kedua-dua mangsa berusia 37 tahun.

Ujarnya lagi, pihak polis menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira 9.46 malam.

“Hasil siasatan awal mendapati pasangan dari Taiping, Perak itu datang ke Genting Highlands pada 11 Mei lalu dan telah mendaftar masuk di sebuah bilik hotel di sini.

“Hasil pemeriksaan rakaman litar tertutup (CCTV) mendapati bermula dari tarikh kedua mangsa mendaftar sehingga tarikh kejadian tiada sesiapa melainkan mereka yang keluar masuk ke bilik hotel tersebut,” kata Zaiham Mohad Kahar dalam kenyataan pada Jumaat.

Hasil siasatan polis setakat ini mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu.

Sementara itu, pihak polis juga meminta orang ramai daripada membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut. Sekiranya mana-mana pihak mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian berkenaan, mereka diminta untuk menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

BACA: Singapore Airlines Umum Bonus Lapan Bulan Gaji Untuk Kakitangan

Sumber: Sinar Harian

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.