Siakap Keli
kemalangan kota damansara bukit lanjan
Kredit: Plus Trafik

Kemalangan Di Lorong Tengah Cetus Kesesakan Di Kota Damansara – Bukit Lanjan

Kemalangan Di Lorong Tengah Cetus Kesesakan Di Kota Damansara- Bukit Lanjan

Satu insiden kemalangan dilaporkan di Lebuh Raya NKVE Kota Damansara – Bukit Lanjan arah Utara yang mencetuskan kesesakan trafik bermula 5.55 pagi tadi.

Menurut satu ciapan di laman Twitter Plus Trafik (@plustrafik), sebuah kemalangan melibatkan sebuah lori dan treler kontena di Lebuh Raya Baru Klang Utara (NKVE) pada Km 20.4 arah Utara, antara Kota Damansara ke Bukit Lanjan.

Difahamkan, kemalangan tersebut berlaku sekitar 5.55 pagi tadi. Kejadian tersebut menyebabkan kedua-dua lorong kanan terhalang.

Pentutupan dua-dua lorong tersebut menyebabkan aliran trafik menjadi sangat perlahan bermula awal pagi ini bagi memudahkan kerja pengalihan.

Pada 8.20 pagi tadi, pihak Plus telah mengemas kini berkenaan kerja-kerja permbersihan di kawasan kemalangan terbabit.

Setakat ini, kedua-dua lorong tengah dan kanan masih ditutup dan aliran trafik dilaporkan perlahan sehingga mencecah 2.5 kilometer.

Susulan itu, para pengguna yang bakal memulakan perjalanan pada hari ini disarankan untuk menggunakan jalan alternatif bagi perjalanan yang lebih lancar.

Bagi sesiapa yang berapa dalam kesesakan trafik, anda diminta untuk mematuhi arahan papan tanda dan petugas trafik di kawasan terlibat.

Pada akhir kenyataan, Plus menasihati para pengguna jalan raya untuk merancang perjalanan dengan baik.

Pengguna juga perlu memastikan bahawa semua langkah berjaga-jaga sudah diambil serta mematuhi arah di lokasi demi keselamatan sejagat.

Pemandu Rentung Dalam Kemalangan Babit Tiga Treler

Terdahulu, seorang pemandu treler rentung selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua lagi treler di jalan utama Kampung Temehel berhampiran Klinik Kesihatan Yong Peng pada 16 Mei lalu.

Mohd Khairol Nizam Rokazi, 39, disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akibat tersepit dan melecur 90 peratus, susulan kenderaan dipandunya terbakar.

Katanya difahamkan ketiga-tiga lori yang membawa muatan balak itu dari Chaah, Segamat menuju ke Yong Peng.

Pihak Bomba telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.14 pagi. Sebanyak 16 anggota dari BBP Yong Peng, Ayer Hitam dan Penggaram digegaskan ke lokasi kejadian.

“Seorang lagi pemandu, Mohd Shahril Musa, 27, mengalami kecederaan akibat tersepit dan tindakan mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan khas ‘Road Traffic Accident’ (RTA)… manakala, seorang lagi mangsa, Mohammad Fathul Syarastani Suhimi, 30, selamat,” katanya.

BACA: Pemandu Rentung Dalam Kemalangan Babit Tiga Treler

Sumber: Plus Trafik via Twitter

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma