Siakap Keli

Nikmati Penjimatan Yang Lebih Hebat Dengan Kombo Penerbangan+Hotel Di airasia Superapp Sekarang

  • Dari harga RM170* untuk seorang termasuk penerbangan pergi dan balik serta penginapan 3 hari 2 malam di Pulau Pinang
  • Akan Datang! Tawaran istimewa untuk destinasi popular lain di seluruh rantau ini.

KUALA LUMPUR, 17 MEI 2023 – Dapatkan lebih penjimatan yang lebih hebat apabila anda menempah penerbangan AirAsia bersama penginapan hotel di airasia Superapp dengan tawaran terkini SNAP (Penerbangan + Hotel) yang anda boleh nikmati selama empat (4) minggu mulai minggu ini.

Untuk memulakan minggu pertama ini, airasia Superapp menawarkan promosi penerbangan bersama penginapan hotel di Pulau Pinang yang sibuk namun indah dan terkenal dengan kekayaan sejarah dan budayanya, serta masakan tempatan yang lazat dan aktiviti bertaraf dunia.

Tawaran Lebih Jimat!

Tempah penerbangan AirAsia pergi dan balik ke Pulau Pinang dari Kuala Lumpur, Johor Bahru atau Langkawi bersama penginapan di hotel untuk 3 hari 2 malam di hotel-hotel yang selesa lagi mempunyai keunikkan tersendiri seperti Hotel Brown Pulau Pinang, Hotel Wesley dan banyak lagi pada harga serendah RM170 untuk seorang.

Buka aplikasi airasia Superapp di telefon bimbit anda dan klik ikon SNAP (Penerbangan + Hotel) untuk menempah kombo promosi di Pulau Pinang ini yang terhad sehingga 21 Mei 2023 dan tempoh perjalanan yang bermula dari 22 Mei sehingga 22 Ogos 2023.

Selain itu, nantikan destinasi popular dan tarikh promosi yang bakal menanti anda!

  • Bali (Tempoh Tempahan: 22 – 28 Mei 2023)
  • Langkawi (Tempoh Tempahan: 29 Mei – 4 Jun)
  • Bangkok (Tempoh Tempahan: 5 – 11 Jun)

Ketua Pegawai Komersial airasia Superapp, Tan Mai Yin, berkata, “Di airasia Superapp, kami sentiasa memberi pelanggan kami nilai terbaik selain kemudahan. Tawaran Penerbangan + Hotel 3H/2M ke Pulau Pinang minggu ini & destinasi lain untuk minggu-minggu akan datang membolehkan pengembara menempah percutian mereka dengan mudah pada satu platform yang mudah di harga mampu milik.

Salah satu cara terbaik untuk perjalanan mampu milik ialah sentiasa menempah Penerbangan + Hotel bersama-sama, dan sebagai superapp perjalanan yang berfungsi rapat dengan syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka AirAsia, kami dapat menawarkan penerbangan yang dijamin dengan harga terbaik dan pelbagai jenis rakan kongsi hotel secara langsung di seluruh rantau ini dengan harga yang berpatutan.

Jadi, tidak kira jika anda melancong untuk percutian atau perniagaan, produk SNAP (Penerbangan + Hotel) kami akan sentiasa mempunyai sesuatu yang sesuai untuk anda.”

Tawaran mingguan SNAP (Penerbangan + Hotel) ini adalah hanya untuk penginapan yang terpilih sahaja dan haruslah menginap sekurang-kurangnya untuk 2 malam. Destinasi pilihan dan juga tawaran baharu yang bakal anda ketahui akan diumumkan pada setiap minggu.

Jadi, dapatkan maklumat terkini sepanjang tempoh tawaran ini dengan mengikuti akaun Instagram @airasiasuperapp.

Ahli airasia Superapp boleh peroleh airasia poin untuk setiap pembelian di airasia Superapp, dari penerbangan ke penginapan hotel, airasia ride, airasia food dan banyak lagi. Gunakan airasia poin anda untuk menebus penerbangan PERCUMA, penginapan hotel, dan tawaran gaya hidup dari rakan kongsi eksklusif kami.

Ikuti perkembangan terkini daripada airasia Superapp dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram/TikTok atau @airasia di Twitter/WeChat/Weibo. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Superapp anda daripada Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery.

*Tertakluk kepada terma dan syarat

Amira

Love yourself.