Siakap Keli
UFO di Turkiye
Kredit AFP

Penerbangan Digantung Selama 12 Jam Ekoran Penampakan UFO Di Tenggara Turkiye

Penerbangan Digantung Selama 12 Jam Ekoran Penampakan UFO Di Tenggara Turkiye

GAZIANTEP, TÜRKİYE, 20 Mei (Bernama-Anadolu) — Sekurang-kurangnya 18 penerbangan digantung selama 12 jam susulan penampakan UFO yang didakwa dikesan oleh radar pesawat penumpang di tenggara Turkiye pada Sabtu, lapor Anadolu.

Radar sebuah pesawat yang tiba di lapangan terbang pada tengah malam mengesan objek tidak dikenal pasti itu pada 2743.2 meter (9,000 kaki) di bandar Gaziantep, kata pihak berkuasa.

Selepas menerima laporan juruterbang, unit kawalan trafik udara mengarahkan penerbangan yang dijadual tiba mendarat di lapangan terbang di bandar Adana dan Sanliurfa.

Sumber: BERNAMA-ANADOLU

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka