Siakap Keli

Program Bimbingan Usahawan SSM Beri Sokongan Dan Bimbingan Perniagaan Kepada 400 Usahawan Tempatan

Kuantan, 18 Mei 2023Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini menganjurkan Program Bimbingan Usahawan 2023 (PBU23) siri pertama peringkat Negeri Pahang yang telah menarik lebih 400 penyertaan dari sekitar negeri tersebut.

PBU23 yang bertujuan untuk memberikan sokongan, bimbingan, dan peluang kepada usahawan tempatan bagi memperkukuhkan perniagaan mereka, telah dirasmikan oleh YB Senator Puan Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) bertempat di Dewan BCIC Lodge, Kuantan.

Dalam ucapan perasmiannya, Puan Hajah Fuziah berkata keperluan terhadap pendedahan dan pendidikan di permulaan langkah dalam menceburi bidang perniagaan merupakan salah satu pendekatan yang baik ke arah membentuk budaya keusahawanan yang mantap dalam kalangan usahawan di negara ini.

Beliau berkata ke arah mencapai objektif ini, SSM telah memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi mewujudkan kesedaran di kalangan komuniti perniagaan terhadap kepentingan mendaftarkan perniagaan, merangka strategi perniagaan dan kewangan, serta memperkenalkan kaedah pemasaran digital dalam menjalankan perniagaan. 

Puan Hajah Fuziah menambah, PBU23 turut membuka peluang kepada peserta untuk memanfaatkan Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) yang diperkenalkan oleh SSM bagi memberi kemudahan pendaftaran perniagaan secara percuma kepada golongan usahawan dan pasangan suami isteri B40 serta pelajar IPT sepenuh masa. Tambahnya, sehingga 30 April 2023, jumlah pendaftaran SPPP adalah sebanyak 65,755.

Semasa program berlangsung, SSM telah menyampaikan sebuah Mesin Retort bernilai RM38,500 kepada Pertubuhan Dapur Infaq Ummah melalui peruntukan Wakalah Zakat Korporatnya (WZK). 

Di samping itu, SSM turut menyampaikan serahan sumbangan WZK berjumlah RM150,000 kepada 300 mangsa-mangsa banjir di bawah kategori penerima asnaf Al-Gharimin serta sumbangan WZK berjumlah RM10,000 kepada 20 usahawan. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel kepada [email protected].

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa