Siakap Keli
pelajar nekad bakar asrama
Gambar: KENO GEORGE/AFP

Gara-Gara Telefon Bimbit Dirampas, Pelajar Nekad Bakar Asrama

Gara-Gara Telefon Bimbit Dirampas, Pelajar Nekad Bakar Asrama

GUYANA — Gara-gara tidak berpuas hati telefon bimbit dirampas, seorang pelajar perempuan nekad membakar asrama sekolahnya sehingga menyebabkan 19 pelajar lain maut di timur laut Amerika Selatan semalam, lapor AFP.

Menurut jurucakap polis tempatan, terdapat kira-kira 57 murid dilaporkan berada di dalam asrama itu sewaktu kejadian.

Difahamkan, bangunan itu menempatkan pelajar perempuan berusia lingkungan 11 hingga 17 tahun. Dalam insiden itu, kira-kira 20 pelajar telah dibawa ke hospital termasuk dua orang dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Gambar: KENO GEORGE/AFP

Pelajar Ugut Sebelum Nekad Bakar Asrama

“Selepas pihak sekolah bertindak merampas telefon pelajar perempuan itu, dia kemudiannya membuat ugutan pada malam yang sama. Jelasnya, dia akan membakar bangunan itu sambil semua orang mendengarnya,” maklumnya.

Selang beberapa minit kemudian, dia dilaporkan memasuki kawasan bilik air dan bertindak menyembur racun serangga pada langsir sebelum menyalakan mancis.

Hasil keterangan yang diperolehi oleh pelajar lain turut melaporkan kejadian yang sama.

Usaha Padam Kebakaran Gagal

Walaupun terdapat usaha untuk memadamkan kebakaran, namun api merebak dengan pantas berikutan struktur siling yang diperbuat daripada kayu. Ia menyebabkan seluruh bangunan musnah dijilat api.

Gambar: KENO GEORGE/AFP

Jelas pihak polis, kejadian itu hanya disedari oleh penghuni asrama ekoran terdengar jeritan pelajar lain ketika mereka sedang tidur.

“Ketika kejadian, mereka mendapati api berpunca dari arah kawasan bilik air. Ia merebak dengan pantas sehingga mengakibatkan beberapa pelajar lain mengalami lecur pada bahagian badan dan terhidu asap.

“Manakala pelajar lain sempat melarikan diri,” jelasnya lagi.

BACA JUGA: Berang Telefon Bimbit Dirampas, Dua Pelajar Nekad ‘Belasah’ Guru Hingga Mati

Sementara itu, suspek juga mengaku melakukan tindakan berkenaan. Remaja terbabit kini berada dalam pengawasan pihak polis di hospital daerah di bandar Mahdia untuk tindakan lanjut.

Gambar: KENO GEORGE/AFP

Berang Telefon Bimbit Dirampas Bapa, Anak Ugut Dengan Pisau

Sebelum ini, seorang kanak-kanak lelaki yang merupakan pelajar sekolah rendah bertindak mengacukan pisau pemotong daging ke arah bapanya susulan tidak membenarkannya bermain permainan video pada telefon bimbit, lapor SCMP.

Menerusi rakaman video berdurasi 13 saat, kejadian dilaporkan berlaku di wilayah selatan Guangxi, China pada 10 Februari lalu. Video berkenaan tular di media sosial dan mengundang kemarahan warganet terhadap tindakan kanak-kanak itu.

Sumber: AFP via South China Morning Post

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?