Siakap Keli
wayang teman wanita tengah malam
Gambar: AFP

Ingatkan Pergi Tengok Wayang Tengah Malam Dengan Teman Wanita, Rupanya…

Ingatkan Pergi Tengok Wayang Tengah Malam Dengan Teman Wanita, Rupanya…

Disebabkan jadual kerja yang padat, ada yang sanggup membeli tiket wayang pada waktu malam. Namun, tayangan lewat malam merupakan masa yang kurang popular kerana hampir semua premis berdekatan panggung wayang sudahpun tutup.

Selain itu, tiket wayang waktu malam biasanya dibeli oleh golongan muda. Rata-rata yang berkeluarga tidak akan membeli tiket pada waktu ini kerana ia bakal menganggu waktu tidur anak-anak.

Lagi satu, antara sebab yang popular kenapa tiket wayang pada waktu malam ‘kurang mendapat sambutan’ adalah keadaan gelap dalam panggung wayang yang boleh ‘menambah’ mood seram buat penontonnya.

Kisah seram di panggung wayang ini bukanlah kisah yang asing. Malah, pekerja-pekerja pawagam pada shif malam sudah lali dengan kisah-kisah mistik.

Namun kisah yang dialami oleh seorang pengguna TikTok, Adyp (@adypp) mampu menyebabkan bulu roma meremang dan termenung panjang.

Dia dan teman wanita membeli tiket wayang pada waktu tengah malam kerana kedua-duanya habis kerja pada waktu malam

Menurut Adyp, dia telah merancang untuk menonton wayang pada waktu larut malam bersama teman wanitanya selepas pulang dari tempat kerja.

Disebabkan waktu tayangan filem tersebut pada 12.30 pagi maka, kedua-duanya memilih untuk berehat di rumah masing-masing terlebih dahulu.

Sekitar 11.34 malam, dia tiba di rumah teman wanitanya untuk keluar bersama-sama. Namun, kehadirannya seakan-akan tidak disambut apabila segala mesej dan panggilan tidak dapat dijawab.

Chat tak reply, call tak angkat,”

Kata Adyp, dia telah dibiarkan di luar rumah selama beberapa minit. Selepas itu, teman wanitanya menghubunginya menerusi panggilan telefon.

Teman wanitanya memaklumkan tidak menyedari mesej dan panggilan masuk yang dibuat kerana sedang leka bersiap sebelum keluar bersama.

Keadaan panggung wayang yang agak menyeramkan

Seusai sampai ke ke panggung wayang, mereka dapati hanya terdapat beberapa orang yang berada di kawasan pusat beli belah itu.

Kedai-kedai yang berada berdekatan lokasi tersebut tidak beroperasi kerana rata-ratanya sudah habis waktu bekerja.

Situasi di atas bukanlah satu perkara yang aneh ketika waktu tengah malam.

Tanpa melengahkan masa, Adyp bersama teman wanita terus menuju ke ruang dewan tayangan yang memaparkan filem yang ingin ditonton.

Untuk makluman, mereka merupakan orang yang pertama memasuki ruangan tersebut. Adyp berkata, sepanjang filem tersebut ditayangkan, hanya mereka berdua yang berada dalam tempat tersebut.

“Cerita dah start pun, masih tak ada penonton yang lain. Sampai ke sudah, tak ada orang dan cuma kitaorang berdua je yang ada,”

Kehadiran sosok lelaki misteri di tandas pawagam

Pada pertengahan waktu tayangan, Adyp telah keluar ke tandas kerana merasa terlalu sejuk. Sampai di tandas, dirinya terserempak dengan seorang lelaki yang sedang membasuh tangan di sinki.

Namun, kelakuan lelaki itu dikatakan amat aneh. Sebelum lelaki tersebut keluar dari tandas itu, dia sempat ‘menyapa’ Adyp.

“Baik…baik…,”

Dua perkataan tersebut agak menyeramkan, lagi-lagi apabila diujarkan oleh seorang sosok ‘manusia’ yang tidak dikenali pada waktu tengah malam.

Walau bagaimanapun, Adyp memilih untuk berfikiran positif dan beranggapan lelaki itu hanya mahu menakut-nakutkan dirinya sahaja.

Selepas tayangan filem itu tamat, Adyp dan teman wanitanya terus keluar dari ruangan tersebut dan pulang ke rumah masing-masing.

Mesej bertalu-talu masuk pada notifikasi telefon pada keesokan harinya

Setelah berjaga pada waktu malam, sudah semestinya kita mahu bangun lewat daripada kebiasaan pada waktu pagi.

Akan tetapi, telefon Adyp yang tidak henti-henti memberikan notifikasi mesej menyebabkan lelaki itu terjaga dari tidurnya.

Dengan keadaan dirinya yang baru terjaga, lelaki tersebut mengamati mesej-mesej yang dikirim kepadanya.

Rupanya mesej yang masuk bertalu-talu itu datang dari teman wanitanya, namun kandungan mesej itu menyebabkan dirinya tidak senang duduk.

“Dia minta maaf sebab malam tu dia tertidur dan terlupa movie plan tu,”

Persoalannya, siapakah yang menemani lelaki tersebut dalam panggung wayang pada malam itu? Saksikan di TikTok di bawah.

https://www.tiktok.com/@adyppp/video/7231184811841309953

BACA: Dapat RM31 Juta Sebab Main Game, Ini 5 ‘Gamers’ Paling Kaya Di Dunia 2023

Sumber: adypp via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma