Siakap Keli
parti maksiat johor
Kredit: BERNAMA

Parti Maksiat: ‘Demi Allah Saya Tidak Akan Benarkan Ia Berlaku Di Johor’

Parti Maksiat: ‘Demi Allah Saya Tidak Akan Benarkan Ia Berlaku Di Johor’

Satu amaran keras dilaungkan oleh pihak berkuasa agama Johor kepada semua untuk tidak menganjurkan program yang cenderung akan kemaksiatan dan kegiatan tidak bermoral di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid bertegas sedemikian ekoran poster sebuah parti liar dianjurkan pihak tertentu tular di media sosial.

Mohd Fared dalam kenyataan di laman Facebook miliknya menegaskan pihaknya turut meminta kerjasama orang ramai membantu mencegah dan menghalang perkara itu berlaku.

“Jangan cuba berkelaku dengan perangai buruk di Johor..mengajak orang melakukan maksiat terang-terangan dan tak bermoral.

“Saya dah arahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan ambil tindakan segera.

“Saya bagi amaran! Demi Allah saya tidak akan benarkan ia berlaku di Johor.

“Semua orang mesti bantu cegah dan halang kegiatan tak bermoral ini. Sebarkan!” tulisnya dalam kenyataan tersebut semalam.

Dalam hantaran itu, Mohd Fared turut memuat naik keratan poster parti liar tersebut yang dipercayai tular di media sosial.

Gambar: FB Mohd Fared Mohd Khalid

Berdasarkan poster berkenaan, difahamkan parti berkenaan akan diadakan pada 20 Jun depan di sebuah lokasi tidak dinyatakan di Johor Bahru, bermula 4 petang hingga 9 malam.

Antara syarat yang ditetapkan adalah pengunjung yang hadir mestilah membawa kondom sendiri masing-masing, selain mereka tidak dibenarkan merokok atau ‘vaping’.

Selain itu, parti tersebut turut tidak membenarkan pengunjung untuk merakam video atau mengambil gambar semasa ia berlangsung.

Dalam pada itu, ia juga terbuka untuk semua kaum menyertainya.

BACA: Judi: Ketua Polis Daerah Diberi Amaran, Jangan Jadikan ‘Aku Janji’ Sebagai Kertas Tisu

JAINJ berjaya gagalkan penganjuran pesta buih

Sebelum ini pada Disember tahun lepas, JAINJ pernah berjaya menggagalkan penganjuran pesta buih di kolam renang sebuah hotel di bandar raya itu.

Program tersebut tidak mendapat permit kebenaran selepas semakan dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasa, JAINJ dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Mohd Fared berkata pihaknya difahamkan acara itu akan melibatkan percampuran bebas antara lelaki dan wanita selain pelanggan turut dihidangkan dengan minuman keras dan mengenakan pakaian yang mencolok mata.

“Dikhuatiri acara tersebut akan dihadiri oleh pelanggan yang beragama Islam, maka satu tindakan pencegahan perlu dilakukan.

“Tambahan lagi, acara tersebut dianjurkan oleh pihak yang bukan warganegara Malaysia,” katanya.

Beliau berkata tindakan penguatkuasaan mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor akan digerakkan sekiranya acara seumpama itu diteruskan.

Pesta itu berjaya digagalkan selepas menerima aduan orang awam susulan jemputan ke parti tertutup itu tular menerusi media sosial.

Datuk Bandar MBJB Datuk Mohd Noorazam Osman dilapor berkata pihaknya tidak dimaklumkan mengenai penganjuran pesta buih itu selain tiada permohonan permit penganjuran dibuat pihak berkaitan.

Sumber: Mohd Fared Mohd Khalid/Facebook, Awani

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana