Siakap Keli

Kena Pulau Sebab Minat Korea, Kisah Gadis Dikecam Rakan & Dimalukan Di Media Sosial Terbaru Di Viu

Sejak perkembangan gelombang Hallyu pada tahun 1990-an, nama Korea semakin terkenal dalam dunia hiburan antarabangsa. Daripada filem Winter Sonata, Boys Over Flower hinggalah lagu-lagu K-pop, karya mereka mula mendapat minat orang ramai dek kerana keunikan yang dibawa.

Tak kurang juga, ada yang meminati rupa oppa Korea disebabkan wajah yang tampan dan sikap romantik digambarkan media, sehinggakan ada peminat menghiasi bilik tidur dengan wajah mereka.

Namun demikian, ada sesetengah orang jadi tak senang duduk bila melihat sikap para peminat Korea yang dikatakan terlalu obses meminati si muka jambu. Malah, ada yang didakwa menjadi mangsa kecaman dek kerana minat mereka?

Inilah yang terjadi kepada Sara, seorang peminat fanatik K-Drama dan K-Pop yang berada pada tahun akhir di universiti. Seperti para peminat yang lain, dia menyimpan cita-cita untuk menjejakkan kaki ke negara kelahiran bintang kegemarannya itu. Segala rancangan, cita-cita dan angan-angannya kemas tertulis dalam jurnal kesayangan gadis itu.

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, Sara mendapat peluang untuk menguruskan projek lawatan universiti mereka ke luar negara. Pun begitu, tak mudah baginya untuk merealisasikan projek impiannya apabila ada rakan-rakan sekeliling yang memandang sinis terhadap minatnya. Malah, Sara sering dimalukan dan dikecam secara siber melalui satu akaun Twidder yang tidak diketahui identiti pemiliknya.

Haa ni lah jalan cerita siri terbaru dari Viu, Journal Sarahaeyo. Menarik kan? Kalau korang nak tahu mampukah Sara mencapai cita-citanya untuk mencari oppa idamannya di Korea dan siapakah pemilik sebenar akaun anonymous Twidder tersebut, jangan lupa tonton Jounral Sarahaeyo di Viu Sekarang!

Lelaki ‘Time Travelling’ Untuk Selamatkan Mangsa Jenayah

Kredit: Google

Setiap kali terbaca kisah-kisah jenayah, ramai antara kita yang berasa simpati terhadap mangsa yang dizalimi. Ada juga yang meluahkan rasa amarah dan kesal apabila tidak dapat melindungi mangsa daripada kekejaman si pelaku.

Yoon Hae Joon, seorang wartawan atau koresponden hal ehwal sosial secara tidak sengaja telah terjumpa cara untuk mengembara merentasi masa. Menyaksikan pelbagai ketidakadilan yang berlaku dalam masyarakat, Yoon mengembara ke masa depan untuk mengetahui apakah takdir yang akan berlaku dan pulang ke masa lalu untuk menyelamatkan mangsa-mangsa jenayah.

Pun begitu, pada suatu hari, dia menyedari dirinya tidak lagi menghasilkan artikel-artikel berita. Yoon kemudiannya mula menyiasat dan mendapati dirinya terlibat dalam satu kes pembunuhan bersiri pada tahun 1987.

Apakah yang berlaku sebenarnya? Adakah Yoon menjadi sasaran pembunuh bersiri dek kerana cubaannya menyelamatkan mangsa, ataupun dia yang telah berubah arah?

Kalau nak tahu jawapannya, saksikan drama My Perfect Stranger lakonan Kim Dong Wook, Jin Ki Joo, Seo Ji Hye & Lee Won Jung di Viu. Kalau korang nak tahu, My Perfect Stranger ni dapat rating yang agak tinggi dengan 8.3/10 di My Dramalist dan 8.1/10 di IMDb. Dijamin tak menyesal.

Jom langgan dan tonton drama-drama menarik di Viu sepanjang Mei di SINI.

Amira

Love yourself.