Siakap Keli
Warga asing marah polis
Kredit Sinar Harian

Polis Sahkan Video Warga Asing Marah Polis Adalah Video Lama

Polis Sahkan Video Warga Asing Marah Polis Adalah Video Lama

Video tular memaparkan aksi seorang lelaki warga asing yang dipercayai warga Myanmar memarahi polis di sebuah kedai runcit di Skudai dilaporkan adalah video lama, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kejadian tersebut didapati berlaku pada tahun lalu. Ia berlaku di sebuah kedai runcit yang terletak di Taman Tan Sri Yaacob.

“Kejadian itu dikesan berlaku pada 2022 di kedai runcit berkenaan, tetapi video itu tular sejak Ahad lalu.

“Suspek merupakan pelanggan kedai runcit tersebut dan sering datang ke premis itu dalam keadaan mabuk serta membuat bising.

“Pemilik kedai runcit sudah mengesahkan bahawa lelaki itu sudah lama tidak datang ke premis berkenaan kerana sudah berpindah,” katanya menerusi kenyataan media.

Berhubung kejadian itu, tiada sebarang tangkapan dibuat sehingga setakat ini.

Dalam pada itu, Rahmat sempat menasihati orang ramai agar tidak memuat naik video sewenang-wenangnya serta menularkan sesuatu perkara yang tidak pasti.

Video seperti itu boleh menyebabkan orang ramai yang melihatnya membuat andaian mereka sendiri.

Terdahulu, tular di media sosial berkenaan seorang lelaki dipercayai warga Myanmar sedang menunjukkan aksi memarahi polis di sebuah kedai runcit.

Video tular itu kemudiannya mendapat kecaman pengguna media sosial yang lain dan beranggapan warga asing di negara ini sudah naik kepala. Netizen mendakwa bahawa tindakan warga asing itu sangat tidak menghormati pihak berkuasa di negara ini.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Tiga Lelaki Didenda RM2,000 Merusuh Di Stadium Perak Sabtu Lepas

IPOH — Tiga lelaki didenda RM2,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan merusuh di Stadium Perak pada Sabtu lepas.

Majistret S. Punitha menjatuhkan hukuman denda itu atau penjara tiga bulan jika denda gagal dibayar ke atas ketiga-tiga lelaki tersebut selepas membuat pengakuan itu.

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun lapan bulan pula diberikan jaminan RM1,500 dengan seorang penjamin. Sementara menunggu laporan akhlak dan mahkamah menetapkan 28 Jun sebagai tarikh sebutan semula kes.

Kesalahan itu dilakukan di Stadium Perak di sini pada kira-kira 9.17 malam, Sabtu lepas.

Sumber: Sinar Harian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.