PTPTN Cari Pendeposit Buka Akaun SSPN Prime Dari Tahun 2004 – 31 Dis 2019, Nak Kreditkan RM8k Sebagai Ganjaran
SEPERTI yang korang baca di tajuk, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) nak bagi ganjaran sehingga RM8,000 di dalam akaun, istimewa buat pendeposit Simpan SSPN Prime.
Tapi kan, kenapa PTPTN tiba-tiba nak kreditkan sejumlah amaun besar tersebut ke dalam akaun korang? Fuh betul-betul durian runtuh ni. Apa yang berlaku sebenarnya ni weh?
Korang Setia..? Inilah Ganjarannya!
Sebenarnya untuk pengetahuan korang, PTPTN kini sedang menjalankan Kempen Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2023!
Ia bertujuan untuk menghargai pendeposit yang kekal setia dengan produk Simpan SSPN Prime dan buat simpanan dalam jangka masa yang panjang.
Untuk yang belum tahu, Ganjaran Kesetiaan atau singkatannya GK merupakan ganjaran tambahan dan berbeza dengan dividen.
Ganjaran ini akan diberikan ke atas simpanan tahun semasa yang dibuat dalam tempoh kempen. Dan untuk makluman korang, tahun ini merupakan tahun kelima GK diberikan kepada pendeposit setia Simpan SSPN Prime!
Kelayakan & Tempoh Kempen
Kempen ini terbuka kepada pendeposit yang buka akaun Simpan SSPN Prime pada tahun 2004 sehingga 31 Disember 2019.
Nak tahu apa syarat-syaratnya untuk korang layak? Boleh rujuk jadual di bawah ini:-
Tapi perlu diingat, pendeposit perlulah memastikan akaun layak GK tidak ditutup sehingga GK dikreditkan ke dalam akaun yang layak sekiranya ia memenuhi terma dan syarat.
Seperkara lagi sekiranya berlaku kematian pendeposit dalam tempoh kempen/pengekalan/GK dikreditkan, akaun itu masih layak untuk menerima GK sekiranya memenuhi terma dan syarat.
Macam Mana Ketetapan Pemberian GK?
Untuk pengetahuan korang, jumlah maksimum GK yang akan dikreditkan ke dalam akaun yang layak adalah RM8,000 untuk setiap akaun, tertakluk kepada jumlah sebenar simpanan yang dibuat dalam tempoh kempen.
Selain itu, pemberian GK adalah secara automatik dan akan dikreditkan ke dalam akaun yang layak pada bulan Disember 2023.
Bagaimanapun GK yang dikreditkan adalah tidak layak untuk diambil kira sebagai sebahagian daripada potongan cukai. Potongan yang dituntut adalah terhad kepada amaun tabungan bersih (jumlah caruman pendeposit) di dalam Simpan SSPN Prime yang dilakukan oleh seseorang individu yang terhad kepada RM8,000 di dalam sesuatu tahun sahaja.
Jangan Lengah, Kalau Dah Setia Grab Terus!
Jadi apa tunggu lagi, cepat-cepatlah tambah deposit simpanan korang. Manalah tahu kan, tup-tup RM8,000 dah dikreditkan ke akaun korang. Siapa tak terkejut kan?
By the way korang kena cepat sebab tempoh kempen ini berjalan sampai 31 Julai 2023 saja tau. Masa pun terhad. Masih sempat lagi nak simpan lebih banyak. Pendek kata lagi banyak korang menyimpan, lagi banyak ganjarannya!