Siakap Keli
taufan mawar landa guam
Gambar: NOAA/RAMMB/AFP

Taufan Mawar Landa Guam

Taufan Mawar Landa Guam

LOS ANGELES – Taufan Mawar dilapor telah melanda wilayah Guam di Amerika Syarikat pada Rabu sehingga menyebabkan bekalan elektrik terputus.

Memetik laporan AFP, angin bertiup kencang sehingga 140 batu (225 kilometer) sejam.

Pihak berkuasa Guam berkata kira-kira 170,000 orang terputus bekalan elektrik akibat kejadian itu. Difahamkan, ia tidak dapat dipulihkan dengan segera kerana terlalu berisiko.

Keadaan itu juga menyebabkan penduduk terpaksa bergelap dengan keadaan cuaca yang menakutkan.

“Ia menakutkan, melainkan jika ada generator tambahan di setiap rumah,” kata pegawai operasi Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, Brandon Aydlett.

 

Jelasnya lagi, ombak setinggi sembilan meter turut dilihat di tenggara pulau itu.

Sementara itu, Dusit Thani Guam Resort yang menempatkan kira-kira 300 tetamu juga turut dibanjiri dengan air walaupun pintu hadapan dihadang dengan papan dan beg konkrit.

BACA: Tak Payah Cari “Link”, Korang Boleh Layan Bola Guna Aplikasi Ni Tanpa “Lag”, Siap Kualiti Tinggi

“Saya dapat dengar dinding bergoncang. Angin sangat kuat, ia seperti bunyi siulan ketika datang melalui celah pintu,” kata pekerja di situ, Casey Hattori.

 Ribut Taufan Yang Paling Dashyat

Gabenor Lou Leon Guerrero berkata ribut taufan itu melepasi Selat Rota, yang berada di antara pulau Guam dan Rota.

Pihak berkuasa tempatan sebelum ini telah mengeluarkan arahan pemindahan dan membuka tempat perlindungan sementara di Washington.

taufan mawar landa guam
Gambar: NOAA/RAMMB/AFP

“Saya bimbang mengenai keselamatan rakyat di sini. Selama 20 tahun, ini ribut paling kuat yang pernah berlaku,” kata Guerrero.

Di samping itu, NWS telah memberi amaran tentang ancaman tiga kali ganda yang bakal berlaku iaitu hujan lebat, angin bencana dan gelombang ribut yang mengancam nyawa.

Guam juga diramal akan menerima taburan hujan sebanyak 10 hingga 15 inci.

Orang ramai dinasihatkan untuk berada di dalam rumah dan tidak keluar semasa ribut berlaku untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.

Dalam pada itu, kira-kira 60 penerbangan yang dijadualkan berlepas atau tiba di Guam antara Selasa dan Khamis telah dibatalkan.

Keadaan di Guam dijangka akan bertambah baik pada Khamis. Walau bagaimanapun, ribut dijangka akan meningkat dalam beberapa hari akan datang .

BACA JUGA: Tak Pernah Dibuat Orang, Lelaki Kongsi Resepi Udang Celup Biskut Gulung, Sedap & Unik

Sumber: AFP Via Barron’s

Ezzatul Syafiqah