Siakap Keli
"Link" Layan Bola

Tak Payah Cari “Link”, Korang Boleh Layan Bola Guna Aplikasi Ni Tanpa “Lag”, Siap Kualiti Tinggi

Tak Payah Cari “Link”, Korang Boleh Layan Bola Guna Aplikasi Ni Tanpa “Lag”, Siap Kualiti Tinggi

Seperti yang korang tahu, bola sepak merupakan sukan paling utama yang sering mendapat perhatian terutama apabila melibatkan kejuaraan yang penting.

Tidak kira dalam dan luar negara, setiap perlawanan bola yang melibatkan pasukan kegemaran mesti akan ditonton. Walaupun tidak menjejakkan kaki ke stadium, sokongan tetap diberikan dengan menontonnya di kaca TV atau streaming secara dalam talian.

Tapi sayangnya bila setiap kali ada siaran langsung bola, mesti akan ada pautan pirates yang tayangkan juga siaran tersebut.

Jangan tak tahu pula, tindakan tersebut adalah salah kerana mengambil hak cipta penyiar rasmi tanpa kebenaran.

SK faham mungkin ada yang tak sempat nak balik rumah untuk layan bola, jadi terpaksalah layan di telefon dan guna pautan tersebut.

“Link” Layan Bola

Tapi tahu tak korang boleh layan bola sama ada di telefon pintar atau Smart TV pada bila-bila masa dengan kualiti yang tinggi? Tak tipu punya, kali ni korang tak perlu cari pautan-pautan tak sah lagi nak layan bola, buka je satu aplikasi ni terus boleh layan.

Layan Liga Malaysia melalui Aplikasi sooka

Korang peminat pasukan mana? JDT, Selangor, Sabah, Terengganu atau yang lain? Kalau korang memang layan MFL, jangan terlepas setiap aksi siaran langsung di aplikasi sooka.

Lebih-lebih lagi sekarang sooka tengah menawarkan potongan harga langganan bulanan dari RM41.90 tapi kini hanya RM34.90 saja.

Tidak cuma itu, sooka juga menawarkan pelbagai pakej siaran sama ada hiburan mahupun sukan. Mungkin sudah ramai yang sedia maklum, sooka menjadi penyelamat bagi sesiapa saja yang nak layan movie atau sukan, tapi tak sempat nak menghadap TV.

Jadi, sambil-sambil dalam train tengah perjalanan pulang dari kerja pun boleh layan, sebelum terlelap pun boleh layan dan banyak lagi situasinya.

Untuk pengetahuan sooka kini menawarkan beberapa pakej yang korang boleh nikmati pengalaman menonton tanpa gangguan.

Antaranya, korang boleh dapatkan sooka VIP+Sports yang berharga RM34.90 sebulan. Dengan pakej ini, korang akan akan dapat menonton hiburan dan siaran langsung sukan pada bila-bila masa saja di telefon bimbit korang.

Selain itu, sooka VIP TV juga akan memberikan pengalaman yang lebih kurang sama kepada korang. Cuma bezanya pakej ini membolehkan korang akses kepada 1 peranti TV dan 1 peranti mudah alih dalam masa yang sama.

Harga bagi VIP TV itu adalah RM62.90 sebulan. Menariknya korang boleh menonton kira-kira 22 saluran yang dapat diakses 24 jam.

Lebih penting, kedua-dua pakej itu tidak mempunyai kontrak. Jadi, korang boleh tonton semua rancangan tu tanpa risau.

 

Bukan korang saja yang layan MFL, budak-budak Projek High Council pun layan juga, kalau tak percaya korang tengok video kat bawah ni.

Kalau korang taknak terlepas aksi menarik di MFL dan hiburan, korang kena ada sooka ni sebab boleh akses di mana-mana. Asalkan bawa fon dan ada sambungan internet. Korang boleh langgan di sooka vipsports 

Nak tahu lebih lanjut? Korang boleh layari laman web atau Facebook sooka.

Sofea

There's always another side to every story