Siakap Keli
malaysia ke-7 peminat paling fanatik di asia
Gambar: Bernama

Malaysia Duduki Tangga Ke-7 Dalam Senarai Peminat Bola Sepak Paling Fanatik Di Asia

Malaysia Duduki Tangga Ke-7 Dalam Senarai Peminat Bola Sepak Paling Fanatik Di Asia

Malaysia duduki tangga ke-7 dalam senarai negara yang mempunyai peminat paling fanatik dalam sukan bola sepak di Asia bagi tahun 2022, lapor sebuah syarikat penganalisis data terkemuka dunia iaitu Nielsen.

Dalam senarai tersebut, Vietnam telah mendapat tempat pertama dan ditabalkan sebagai negara yang mempunyai peminat paling fanatik di Asia dengan populasi yang berminat dengan sukan itu di negara tersebut adalah sebanyak 75%.

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Vietnam berkemungkinan mengungguli senarai tersebut kerana kejayaan pasukan kebangsaan mereka di bawah kendalian Park Hang-seo telah menyebabkan rata-rata rakyat Vietnam berminat dan mahu mengikuti perkembangan sukan bola sepak di tanah air mereka.

Emiriah Arab Bersatu (UAE) pula berada di kedudukan kedua dengan mencatatkan sebanyak 70%. Di kedudukan ketiga pula diduduki oleh negara Indonesia dengan sebanyak 69%.

Baca: Dapat Diskaun Hampir RM50 Di Zoo Negara, Wanita Kongsi 13 Tempat Menarik Boleh Dapat Diskaun Guna Kad Biru Ni Je

Seterusnya di tempat keempat ialah Arab Saudi dengan 65% daripada penduduk negaranya berminat dengan sukan bola sepak. Tempat kelima dan keenam ialah negara Thailand dan India dengan masing mencatatkan sebanyak 58% dan 56%.

Di tempat ketujuh jatuh kepada Malaysia dengan jumlah sebanyak 53%. Ini bermakna separuh daripada rakyat negara Malaysia berminat dengan sukan bola sepak ini.

Dalam pada itu, berdasarkan data yang diperolehi juga, sukan bola sepak kekal menjadi sukan paling popular di dunia dengan mencatatkan sebanyak 40% daripada populasi global.

Baca: “Memang Barang Jadi,” Sehari Je Meniaga Tapi Beribu Orang Datang Serbu, Peniaga Lega Jualan Dapat Sambutan

Tahap minat terhadap sukan bola sepak di negara Asia Tenggara sangat tinggi walaupun pada hakikatnya tiada satu pun pasukan daripada negara di rantau ini secara tradisinya telah layak ke pusingan akhir Piala Dunia.

Data laporan ini difahamkan diperolehi berdasarkan jumlah tontonan di seluruh dunia berkaitan dengan Piala Dunia sukan bola sepak. Tontonan termasuklah di seluruh platform penstriman yang berkaitan sukan bola sepak.

Sumber: Nielsen

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka