Siakap Keli
Beg Sofyank
Kredit Twitter

“Ada Projek Video Saya Yang Belum Release,” Beg Sofyank Hilang Di “Airport” Singapura

“Ada Projek Video Saya Yang Belum Release,” Beg Sofyank Hilang Di “Airport” Singapura

Pereka kandungan digital terkenal tanah air, Mohamad Sofian Abdullah atau dikenali sebagai Sofyank memaklumkan bahawa beliau telah kehilangan begnya di Lapangan Terbang Changi Singapura.

Berdasarkan muat naik ciapan Sofyank di Twitter, beg tersebut mengandungi barangan penting termasuk hasil video kreatif yang belum diterbitkan.

Menurut Sofyank, mungkin terdapat individu yang terambil beg jenama FlyScoot miliknya semasa tiba di Lapangan Terbang Changi, Singapura pada Khamis.

Jelasnya, menerusi AirTag yang dihubungkan ke telefon pintarnya, beg itu dikesan berada di lokasi yang sama. Namun sehingga jam 6 pagi tadi, beg itu masih belum dijumpai. “Pengesanan tersebut berhenti pada jam 6 pagi. Saya percaya orang itu sedang dalam penerbangan ke tempat lain.

“Saya akan mendapatkan kembali lokasi langsung setelah beg mendarat dan AirTag menerima liputan daripada peranti iOS yang berdekatan.

Peluang untuk dapatkan kembali beg rendah

“Rasanya, peluang untuk mendapatkan telefon pintar berkenaan adalah terlalu rendah,” katanya dalam satu ciapan di Twitter pada Jumaat.

Namun begitu, Sofyank dalam ciapannya yang terbaru meluahkan rasa syukur apabila berjaya mendapatkan kembali begnya itu.

Dia juga turut berterima kasih kepada kakitangan staf lapangan terbang antarabangsa Clark serta kepada orang ramai yang membantunya berkongsikan berkenaan kehilangan tersebut.

Sebelum ini, Sofyank telah beberapa kali berkolabrasi dengan selebriti antarabangsa dalam penghasilan video kreatifnya. Antara selebriti yang terlibat ialah Paul Ruud dan Jonathan Majors.

Selain itu, beliau juga pernah menarik perhatian bintang antarabangsa yang lain iaitu Will Smith yang bertindak memuat naik semula video yang disuntingnya.

Sehingga kini, video ciptaan beliau telah ditonton oleh jutaan pelayar media sosial di seluruh dunia.

Terbaru, Sofyank juga memaklumkan bahawa beliau sedang merancang untuk menubuhkan sebuah syarikat produksi di ibu negara menjelang akhir tahun ini.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Terdahulu, nama Sofyank juga menjadi sebutan ramai selepas video perkahwinannya tular di media sosial.

Berita perkahwinan penghasil video kreatif itu mula menjadi bualan ramai apabila Sofyank memuat naik satu rakaman video berkonsepkan tema ‘Warna Dalam Hidupku’.

Video tersebut merupakan sebuah video pra perkahwinan bersama isterinya.

Selain meninggalkan ucapan tahniah, para pengikutnya di laman Youtibe turut memuji kualti video yang dihasilkan tersebut.

Dalam pada itu, Sofyank turut memuat naik siaran langsung majlis tersebut menerusi laman Instagram miliknya.

Sumber: Sinar Harian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka