Siakap Keli
mufti menk tetamu rumah
Kredit: TikTok

Keluarga Terkejut Dapat Tetamu Istimewa, Mufti Menk Muncul Depan Pintu Rumah

Keluarga Terkejut Dapat Tetamu Istimewa, Mufti Menk Muncul Depan Pintu Rumah

Satu keluarga nyata terharu apabila Mufti Menk, seorang ulama terkenal dari Zimbabwe berkunjung ke kediaman mereka semalam.

Detik-detik manis lagi bersejarah itu dikongsi oleh salah seorang ahli keluarga berkenaan, Att Yusof menerusi akaun  Tiktoknya, (@attyusoff).

Pada awal video tersebut, Mufti Menk atau nama sebenarnya Ismail ibn Musa Menk dirakam turun daripada sebuah kenderaan dan menanti di hadapan pintu pagar rumah keluarga itu.

Menurut Att Yusof, keluarga mereka nyata terkesima apabila melihat tokoh agama yang sangat terkenal di pentas dunia itu berdiri di hadapan rumah mereka.

“Kami merasa terkesima (ketika beliau hadir di hadapan rumah kami) tetapi kami segera menyedarkan diri masing-masing. Maka, abang ipar saya telah keluar ke rumah dan menyambut kehadirannya di pintu rumah”.

Video yang berdurasi lima minit tersebut antara lain turut merakam Mufti Menk meluangkan masa bersama keluarga Att Yusof.

Tetamu istimewa, Mufti Menk ziarah rumah keluarga wanita ini

Difahamkan, ibu kepada Att Yusof sudah sekian lama memasang impian untuk bertemu dengan figura yang terkenal dengan ceramah-ceramah agama dan perkongsian kisah motivasi tersebut.

Menurut Att Yusof, sesi takzirah yang diberikan Mufti Menk itu telah membuatkan ibunya merasa lapang dan senang akan kehadirannya.

Dalam pertemuan yang cukup bermakna itu, Mufti Menk sempat memberikan sedikit perkongsian kepada keluarga tersebut berkenaan persiapan untuk menghadapi saat-saat akhir kehidupan.

“Apabila kita kembali kepada Allah S.W,T, ia akan menjadi satu hari yang menggembirakan kerana kita adalah orang yang beriman (kepadaNya),

“Jangan takut, jangan pernah putus harapan kerana Allah Maha Pengasih,” katanya ketika di hadapan keluarga tersebut.

Selain memberikan sesi tazkirah ringkas, beliau turut berkenalan dengan ahli keluarga Att Yusof.

Lucunya, Mufti Menk sempat bergurau dengan suami Att Yusof yang memiliki sosok badan yang agak sasa.

“Saudara, anda patut membawa saya ke gim bersama-sama,” katanya ketika bersalaman dengan suami wanita tersebut.

Kemudian, pendakwah yang berusia 45 tahun itu menyantuni kanak-kanak di dalam rumah tersebut. Mereka telah memperkenalkan nama dan bersalaman dengannya.

Sehubungan dengan lawatannya ke rumah, Att Yusof memaklumkan bahawa pertemuan tersebut telah dirancang dalam masa sebulan.

@attyusof

@Mufti Menk blessed us with his presence yesterday. I know my mama wants to meet him again so this meet up took me one month to set. The moment i know he’s coming to Malaysia, i texted him to invite him over. Thankful that i could fulfill my mother’s wish. Backstory: met him back in 2019, he gave me his number so i can update him abt mama.

♬ original sound – Att Yusof – Att Yusof

Detik-detik pada awal pertemuan yang cukup bermakna

Pada hujung video tersebut, Att Yusof menceritakan bagaimana mereka memiliki pertalian bersama pendakwah terkenal tersebut.

Difahamkan, mereka telah bertemu buat kali pertama di One Utama pada Mei 2019.

“Mei 2019, empat tahun lepas ketika kami terserempak antara satu sama lain. Beliau telah mengikuti perkembangaan keadaan ibu saya selama empat tahun ini,”

“Beliau selalu mendoakan ibu saya setiap kali saya memberitahu perkembangan terkini mengenai keadaan ibu saya.”

Wanita tersebut turut menceritakan bahawa Mufti Menk pernah memberitahu ibunya agar memberikan kebebasan kepada wanita tersebut untuk menentukan siapa jodohnya serta bila masanya untuk mendirikan rumah tangga.

“Kini, beliau datang semula ketika saya sudah bersuami. Saya sudah merasa sangat cukup.”

BACA: Sonny Bill Williams Luah Rasa Kagum, Puji Adab Kanak-Kanak Malaysia Ketika Bersalam

Sumber: attyusof via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma