Siakap Keli
apmm ditemui selamat telaga tujuh
Kredit: Facebook

Pegawai APMM Hilang Di Telaga Tujuh Ditemui Selamat

Pegawai APMM Hilang Di Telaga Tujuh Ditemui Selamat

Pegawai Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika mendaki Air Terjun Telaga Tujuh telah ditemui selamat sekitar pukul 5.10 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, mangsa telah membuat panggilan kepada isterinya baru-baru ini.

Mangsa, Mohd Ridhaudden Rosman (32) memaklumkan bahawa telah tersesat dan turun dari bukit tersebut melalui laluan kereta kabel (Skycab) sekitar 5.00 petang tadi.

“Sebaik sampai di kaki bukit, mangsa telah menghubungi isterinya dan memberitahu tersesat sewaktu mendaki bersendirian pada petang Rabu.

“Isteri mangsa kemudian menghubungi polis memaklumkan suaminya selamat.

“Dengan penemuan mangsa selamat operasi mencari menyelamat (SAR) dihentikan kira-kira jam 5.10 petang tadi.

“Mohd Ridhaudden telah dibawa ke Hospital Sultanah Maliha untuk pemeriksaan lanjut,” jelasnya ketika dihubungi Astro AWANI.

Beberapa video dan gambar penemuan Mohd Ridhaudden telah dimuat naik dalam hantaran di Facebook Apm Langkawi.

Dilaporkan tidak pulang ke hotel dan hilang sejak petang Rabu

Sebelum ini Bernama melaporkan seorang lelaki hilang semasa mendaki Telaga Tujuh, Gunung Matchincang di Langkawi petang semalam.

Pihak polis telah menerima laporan berhubung kehilangan Mohd Ridhaudden pada pukul 12.47 tengah malam tadi.

Difahamkan, mangsa merupakan anggota yang bertugas di Bahagian Cari Lamat dan Bantuan Bencana (SAR) APMM di Putrajaya.

Mohd Ridhaudden berada di pulau ini kerana terlibat dalam Pameran Antarabangsa Aeroangkasa dan Maritim Langkawi 2023 (LIMA ’23) yang diadakan baru-baru ini.

Shariman berkata pegawai APMM yang berada di Langkawi sempena penugasan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ’23) itu turut berkomunikasi dengan isterinya melalui aplikasi WhatsApp pada pukul 5.15 petang.

Semasa kehilangannya, motosikal yang digunakan mangsa masih berada di kawasan letak kereta Telaga Tujuh.

Dia turut sempat memuat naik status dalam media sosial buat kali terakhir selepas sampai di puncak Telaga Tujuh lebih kurang pukul 4.45 petang semalam.

Tambahan lagi, mangsa turut berkomunikasi dengan isterinya menerusi aplikasi Whatsapp pada jam 5.15 petang semalam.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tersebut membabitkan beberapa pasukan. Antaranya, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), APMM dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

BACA: Pegawai APMM Dipercayai Hilang Ketika Mendaki Telaga Tujuh

Sumber: Astro Awani

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma