Siakap Keli
Hamil dua kali dalam sebulan
Kredit Kennedy News and Media

Wanita Kongsi Pengalaman, Terkejut Dapat Tahu Hamil Dua Kali Dalam Tempoh Sebulan

Wanita Kongsi Pengalaman, Terkejut Dapat Tahu Hamil Dua Kali Dalam Tempoh Sebulan

Seorang ibu berkongsikan pengalaman gembiranya selepas mengandungkan anak kembar hanya selang 28 hari, lapor Yahoo Life.

Wanita yang dikenali sebagai Sophie Small, 30, yang merupakan pengajar renang dari Leominster, Herefordshire gembira dengan kehadiran kembar yang dinamakan Holly dan Darcy itu.

Walaupun jarak kandungan antara keduanya hampir sebulan, Sophie akhirnya menyambut kelahiran bayi kembarnya pada hari yang sama.

Fenomena yang dikenali sebagai superfetasi, di mana kehamilan baru berlaku selepas yang pertama merupakan satu keadaan yang sangat jarang berlaku.

Sophie dan suaminya Jonathan, 34, sebelum ini sudah dikurniakan seorang anak lelaki bernama Oscar berusia enam tahun dan cuba untuk menambah bilangan anak mereka.

Akhirnya Sophie disahkan hamil semasa perayaan pada Disember 2019 yang lalu.

Walaupun Sophie sudah mempunyai firasat bahawa dia sudah hamil, pasangan itu memutuskan untuk terus mencuba sebelum disahkan mengandung sekali lagi sebulan kemudian.

Ibu kepada seorang anak itu sangat teruja dengan hasil ujian kehamilan pada sebulan kemudian dan mendapati ia positif.

Namun, setelah mengalami mual pagi yang melampau, Sophie memutuskan untuk menjalani imbasan tujuh minggu untuk memeriksa kesihatan bayi.

Imbasan mendapati kandungan merupakan anak kembar namun berbeza saiz

Hasil imbasan mendapati bahawa dia hamil anak kembar tetapi kedua-dua bayi itu berbeza saiz dan doktor keliru dengan penemuan itu.

Pasangan itu hanya mengetahui kembar itu tidak dikandung pada bulan yang sama selepas kelahiran mereka pada Ogos 2020. Darcy dilahirkan dengan berat 1.87 kilogram dan kakaknya menyusul dua minit kemudian dengan berat 2.75 kilogram.

Selepas anak kembar itu dilahirkan, Sophie berkata terdapat perbezaan 35% pertumbuhan tumbesaran antara mereka. Doktor kemudian menyedari bahawa mereka telah dikandung selang empat minggu.

“Darcy adalah bayi 32 minggu dan Holly adalah bayi 36 minggu,” jelas Sophie.

Saya berkata ia tidak mungkin, saya tidak pernah mendengarnya. Saya tidak tahu bagaimana ia berlaku,” tambah Sophie.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Walaupun anak perempuan mereka adalah kembar, pasangan itu berkata mereka masih memiliki perbezaan. Holly masih mempunyai berat yang lebih daripada adiknya Darcy.

Menurut Sophie, orang ramai sering keliru apabila mereka bertanya tentang perbezaan jarak kelahiran antara mereka. Malah ada yang tidak percaya apabila dia mengatakan bahawa mereka adalah kembar.

Sumber: Yahoo Life

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka