Siakap Keli
pembuatan kain sutera

Mungkin Ramai Tak Tahu, Ini Proses Pembuatan Kain Sutera

Mungkin Ramai Tak Tahu, Ini Proses Pembuatan Kain Sutera

Siapa sahaja yang tidak mengenali kain sutera yang memang terkenal sejak zaman dahulu lagi. Sehingga kini, kain sutera ini tetap menjadi pujaan hati ramai orang.

Walaupun harga kain sutera mahal tetapi orang ramai tetap membelinya kerana material kain yang lembut, cantik dan sangat selesa dipakai.

Bagi sesiapa yang gemar atau pernah membeli kain sutera pasti mengetahui betapa tinggi nilai kualiti kain tersebut. Ia kuat dan tahan lama untuk dipakai.

Namun begitu, walaupun kualiti kain sutera ini sudah diketahui tetapi tidak semua orang mengetahui proses pembuatan kain sutera.

Seperti yang sedia maklum, kain sutera ini merupakan kain yang dibuat daripada kepompong yang dihasilkan oleh ulat sutera.

Menariknya benang kain sutera ini merupakan benang yang paling halus berbanding kapas dan material kain yang lain.

Oleh itu, kali ini SK akan menunjukkan pembuatan kain sutera yang dikongsikan oleh pengguna akaun Tiktok @Myarissa.

Berikut Merupakan Proses pembuatan kain sutera

Proses pembuatan kain ini dimulakan dengan mengumpulkan ulat sutera yang sihat.

Kemudian, langkah berikutnya ialah mengambil daun malberi.

 

Selepas itu, daun malberi yang dikutip diletakkan di atas ulat sutera. Hal ini kerana, daun tersebut dijadikan sebagai makanan untuk ulat sutera.

 

Kemudian, biarkan sehingga ulat sutera memakan daun itu dan barulah ulat sutera yang sudah kenyang akan dikutip.

 

Proses berikutnya, meletakkan ulat sutrea di dalam bekas khas yang bulat melingkar dan biarkan dalam beberapa hari.

Selepas beberapa hari, dapat dilihat kepompong yang berwarna kuning akan muncul. Kepompong tersebut menjadi bahan utama pembuatan kain sutera.

Selepas itu, kepompong ulat sutera akan diambil dan akan diasingkan dan hanya kepompong yang sihat sahaja yang digunakan.

 

Kepopong yang sudah dipilih akan direbus dalam air panas supaya ia dapat dicarik-carikkan menjadi tali benang.

Kemudian, tali benang itu ditarik oleh mesin supaya dapat mengulung tali itu sehingga menjadi tebal.

pembuatan kain sutera

Setelah digulung seperti itu, gulungan itu akan diambil untuk dijemur.

pembuatan kain sutera

Proses seterusnya membuka gulungan benang itu dari mesin dan menjemurkannya sekali lagi.

pembuatan kain sutera

Kemudian selepas menjemur, barulah benang  itu diambil.

Proses seterusnya adalah untuk menghaluskan tali dengan menggunakan mesin. Tali itu akan dihaluskan secara satu persatu sehingga menjadi selembar kain. Menarik bukan? Tengok video di bawah untuk lebih faham prosesnya.

@myarissaa

♬ original sound – Pro2kGadget – myarissaa

BACA: Tak Pernah Dibuat Orang, Lelaki Kongsi Resepi Udang Celup Biskut Gulung, Sedap & Unik

Sumber: myarissaa

Ezzatul Syafiqah