Siakap Keli
KPM Anwar: The Untold Story
Gambar: KPM

KPM Nafi Arah Penganjuran Tayangan Anwar: The Untold Story

KPM Nafi Arah Penganjuran Tayangan Anwar: The Untold Story

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan bahawa pihaknya mengeluarkan sebarang arahan berhubung penganjuran tayangan filem Anwar: The Untold Story seperti yang ditularkan.

Maklum KPM, pihaknya menasihati orang ramai untuk menyemak kesahihan maklumat terlebih dahulu. Jika berasa ragu dengan maklumat tersebut elakkan untuk berkongsi kepada umum.

“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan penganjuran tayangan filem seperti yang ditularkan.

“Semak kesahihan maklumat, tidak pasti jangan kongsi,” ujar KPM dalam satu hantaran mengenai notis palsu itu di Facebook.

Dalam notis palsu itu, ia menyebut Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato’ Haji Pkharuddin Ghazali memaklumkan bahawa pejabat Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek meminta pihak sekolah menonton filem tersebut.

BACA JUGA: KPM Umum 10 Prakarsa Termasuk Program Cuti-Cuti Cikgu Sempena Hari Guru 2023

“Sukacita dimaklumkan pejabat pendidikan, Fadhlina Sidek telah meminta Ketua bahagian dan Pengarah Jabatan Negeri termasuk Pengetua dan Guru Besar di bawah kementerian Pendidikan Malaysia bagi menonton tayangan The Untold Story: Anwar Ibrahim di pawagam terdekat.

“Arahan penganjuran ini adalah bertujuan untuk membuka ruang bagi warga Kementerian Pendidikan Malaysia dan murid untuk memahami erti dan konsep Malaysia Madani,” dakwa kenyataan itu.

Anwar: The Untold Story telah ditayangkan di seluruh negara pada minggu lalu.

Filem itu dibintangi pelakon tempatan popular, Farid Kamil Zahari yang memegang watak sebagai Anwar, manakala aktres terkenal Indonesia, Acha Septriasa membawa watak sebagai Dr Wan Azizah.

KPM Nafi Tarikh Palsu SPM 

Sebelum ini, KPM dalam satu kenyataan juga menafikan tarikh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Maklum kementerian itu, KPM tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung tarikh keputusan SPM seperti yang ditularkan.

Jelas KPM, sebarang kenyataan rasmi hanya melalui portal rasmi dan media sosial KPM.

“Sebarang kenyataan rasmi hanya akan disampaikan menerusi portal dan laman media sosial rasmi KPM. Semak berita palsu, tidak pasti jangan kongsi,” maklum kenyataan itu.

Difahamkan, tarikh keputusan SPM berkenaan adalah didakwa pada 25 Mei 2023 (Khamis).

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?