Siakap Keli
memori pahit

Agensi Di Malaysia Cipta Teknologi Boleh Padam Memori Pahit Manusia?

Ada masa memori pahit suatu ketika dulu datang menjengah. Mungkin ada antara memori tersebut membuatkan seseorang trauma hingga tak mampu jalani kehidupan seharian dengan normal.

Mungkin pada masa tu ada yang terfikir, “Kan seronok kalau boleh padam memori ni?” Tapi, macam mana kalau ada teknologi yang betul-betul boleh berbuat perkara demikian?

Kalau korang ada dalam situasi tersebut, adakah korang akan jadi antara orang terawal yang nak jalani ‘rawatan’ tersebut?

Teknologi Boleh Ubah Memori Seseorang, Kisah Alter-Naratif

Satu syarikat yang dinamakan Electric Dust Agency (EDA) telah berjaya menghasilkan satu teknologi yang boleh mengubah memori seseorang.

Mengenai teknologi canggih yang dihasilkan EDA tersebut, kita dapat lihat mereka mampu untuk bantu para pelanggan mereka melupakan pelbagai memori silam yang penuh derita, trauma, pahit, dan sedih.

EDA akan bantu bina semula kehidupan mereka dengan menggantikan memori-memori buruk itu dengan memori baru yang indah.

Kita boleh lihat dalam video di atas di mana dua pelanggan EDA berjaya memadam memori buruk mereka. Dato’Jefri berjaya padam memori tentang kes rasuahnya manakala Cik Sara pula mengenai suaminya yang curang.

Jalan cerita lain daripada yang lain

Seperti yang sering ditagih penonton, mereka mahukan sesuatu siri atau filem yang jalan ceritanya agak berbeza dari kebiasaan. Antaranya adalah kisah percintaan, kisah kekayaan mahupun kisah persahabatan.

Namun, bagi siri Alter-Naratif sememangnya membawa kelainan dengan genre psychological thriller dan memuatkan aspek teknologi EDA di dalam cerita ini.

memori pahit

Alter-Naratif mengisahkan tentang Mel, CEO syarikat Electric Dust Agency yang ingin membantu pesakit yang mengalami trauma melalui teknologinya namun ia kemudiannya disalahguna dan dijadikan untuk memadam memori yang menjadi bukti jenayah. Bukan itu sahaja, bila Mel mengalami pitam dan halusinasi, ia membuatkan Mel meragui ingatannya sendiri.

Dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat 

Bila jalan cerita sudah menarik, pastinya yang membawa watak di dalam siri ini juga bukan kalang-kalang orangnya. Siri yang diarahkan oleh Faizal Ishak ini menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Nabila Huda, Liyana Jasmay, Neera Azizi, Gambit Saifullah, Rahim Omar dan ramai lagi.

Korang boleh ketahui lebih lanjut dengan menonton siri Alter-Naratif, sebuah siri psychological thriller hanya di Viu bermula 25 Mei ini. 

Adib Mohd