Jarang Ditemui, Panda Albino Berjaya Dirakam Di China
China– Kamera inframerah di Hutan Simpan Nasional Wolong di wilayah Sichuan barat daya China berjaya merakam video seekor panda albino yang jarang ditemui.
Memetik laporan The Thaiger, video yang dirakam pada bulan Februari itu menunjukkan panda albino terbabit berinteraksi dengan panda lain.
Panda itu dilihat menghampiri seekor panda hitam putih bersama anaknya yang sedang berehat di dalam lubang pokok. Bagaimanapun, ibu panda itu dilihat kekal di dalam lubang pokok dan kelihatan tenang.
Sebaik sahaja kedua-dua panda itu beredar, panda albino dilihat pergi ke pokok itu dan menghidu bau ibu panda di kawasan tersebut.
Menurut Wei Rongping yang juga seorang jurutera kanan di Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan China untuk Panda Gergasi, anak panda dalam video itu dilihat berusia antara satu hingga dua tahun.
BACA: Tak Payah Cari “Link”, Korang Boleh Layan Bola Guna Aplikasi Ni Tanpa “Lag”, Siap Kualiti Tinggi
Manakala panda dengan badan berwarna putih itu mempunyai saiz yang hampir sama dengan seekor panda dewasa.
Wei juga berkata bahawa pada penghujung Februari lalu, panda liar di kawasan Wolong juga akan mula mengawan. Ibu panda serta anaknya mungkin menjadi sangat agresif jika didekati atau diganggu oleh panda dewasa.

Sementara itu, Agensi Pengurusan Rizab Alam Negara Wolong turut memaklumkan bahawa 15 lagi rakaman baharu telah berjaya memperlihatkan kehadiran panda itu.
Terdahulu, kamera inframerah juga telah berjaya menangkap gambar panda itu pada April 2019.
Panda berwarna serba putih itu tidak mempunyai sebarang tompok pada badan dan matanya berwarna merah.
Pihak agensi mengklasifikasikannya sebagai panda albino yang dipercayai satu-satunya terdapat di bumi.
Terdahulu, Pentadbiran Rizab Alam Semula Jadi Negara Sichuan Wolong pernah memaklumkan bahawa panda serba putih juga pernah dirakam sebanyak dua kali pada Februari 2020
Dalam rakaman itu, panda itu hidup sendiri dan pakar percaya bahawa ia telah meninggalkan ibunya.
Untuk pengetahuan, walaupun sangat jarang berlaku, keadaan albino boleh terjadi dalam banyak kumpulan haiwan vertebrata, lapor The Global Times.
Pakar Beruang IUCN dan Sekolah Sains Hayat Universiti Peking, Li Sheng berkata hal ini berlaku kerana mutasi genetik yang menghalang melanin daripada disintesis.
A nature reserve camera recorded an albino giant panda – believed to be the world’s only one – walking around in Wolong, SW China’s Sichuan. Look at its distinctive eyes and ears! pic.twitter.com/wvUaXjFabL
— People’s Daily, China (@PDChina) May 29, 2023
BACA JUGA: Tak Pernah Dibuat Orang, Lelaki Kongsi Resepi Udang Celup Biskut Gulung, Sedap & Unik
Sumber: The Thaiger / Global Times