Siakap Keli
Dua Maut, Van, Treler Bertembung
Gambar: Bernama

Dua Maut, Van, Treler Bertembung

Dua Maut, Van, Treler Bertembung

TANAH MERAH, 31 Mei (Bernama) — Dua maut selepas van yang dinaiki mereka bertembung dengan treler di jalan Kota Bharu-Machang-Jeli berdekatan Kampung Batang Merbau di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah Supt Mohd Haki Hasbullah berkata dalam kemalangan pada 7.30 malam semalam, kedua-dua mangsa Muhamad Isyhad Ismi, 20 dan Nur Farah Nabilah Che Hasan, 23, maut di lokasi kejadian.

BACA JUGA: Motosikal Bertembung, Dua Remaja Dilapor Maut

“Van yang dipandu Muhamad Isyhad dari arah Jeli menghala ke Tanah Merah. Sebaik tiba di lokasi kejadian pemandu dipercayai ingin memotong kenderaan lain sebelum berlanggar dengan treler yang datang dari arah bertentangan sehingga menyebabkan kenderaan berat itu terbalik di atas jalan.

“Pemandu dan penumpang van tersepit dalam kenderaan dan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah pada badan dan kepala dan mayat mereka dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk proses bedah siasat.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?