Siakap Keli
Air tak bertakung mesin basuh
Gambar: TikTok @hairulvcool

Kena Bersihkan Benda Ni Je, Ini Cara Baiki Masalah Air Tak Bertakung Dalam Mesin Basuh

Kena Bersihkan Benda Ni Je, Ini Cara Baiki Masalah Air Tak Bertakung Dalam Mesin Basuh

Mesin basuh merupakan barangan elektrik yang boleh dikatakan wajib ada di setiap rumah. Hal ini kerana ia dapat memudahkan kerja harian isi rumah tersebut khususnya dari segi masa dan tenaga.

Dengan adanya mesin ini, anda boleh melakukan lebih dari satu kerja dalam satu-satu masa. Tambahan lagi, jika bilangan ahli keluarga yang ramai ia juga dapat membersihkan pakaian dalam kuantiti yang banyak.

Jadi tidak hairan mengapa ia menjadi salah satu barangan elektrik yang perlu ada di setiap rumah.

Walau bagaimanapun, mesin ini juga tidak terlepas daripada masalah. Antara masalah yang sering kita dengar adalah mesin basuh tidak boleh menyimpan air (air tak bertakung dalam mesin).

Air tiada macam mana nak basuh kan? Jadi apa yang perlu kita lakukan sekiranya terjadi masalah ini?

Jangan risau hari ini pihak SK akan berkongsikan tips bagaimana mengatasi masalah ini menerusi perkongsian lelaki yang dikenali sebagai Hairulvcool di bawah.

Air Mesin Basuh Tak Bertakung? 

Gambar: TikTok @hairulvcool

Dalam video berdurasi dua minit 15 saat yang dimuat naik di TikTok, menunjukkan air yang dimasukkan ke dalam mesin keluar melalui saluran paip di bahagian belakang.

Jelasnya, sekiranya sesiapa yang mempunyai masalah itu perlu membuka penutup di bahagian belakang mesin.

Air tak bertakung mesin basuh
Gambar: TikTok @hairulvcool

“Kalau anda menghadapi masalah macam ini, anda kena pergi belakang mesin basuh. Dia ada cover ni (penutup). Buka skru cover ni lepastu tengok pada bahagian sini. pergi dekat bahagian sini, ambil playar dan buka,” katanya.

Air tak bertakung mesin basuh
Gambar: TikTok @hairulvcool

BACA JUGA: Mesin Basuh “Front Load” Selalu Bergegar? Lelaki Ini Jelaskan Sebabnya

Tambah Hairul, selepas membuka bahagian itu, bersihkan pada bahagian stopper bump agar habuk atau sampah hilang. Pasang semula seperti biasa, kemudian barulah mesin basuh anda boleh digunakan seperti biasa.

Air tak bertakung mesin basuh
Gambar: TikTok @hairulvcool

“Isu dia.. anda try bersihkan dekat bahagian sini. Takut stopper bump ni dia ada habuk. Try bersihkan semua ni, bersihkan dekat semua celah bawah tu,” ujarnya.

Sebab Air Tak Bertakung

Menurut Hairul, stopper bump tidak dapat menahan air sekiranya terdapat habuk yang melekat di sekelilingnya.

So kalau ada habuk dekat bahagian sini stopper bump tak boleh tutup rapat, itu akan membuatkan air masuk terus leaking,” katanya.

@hairulvcool

Air tak bertakung #fyp #membaikpulihmesinbasuhdanpetisejuk #hairulvcool #kelasvip #vfarm #diyje #airtakbertakung

♬ original sound – Hairul Vcool – Hairul Vcool

Sumber: TikTok @hairulvcool

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?