Siakap Keli
wanita hamil bekerja

Suami Curang 3 Kali, Wanita Tekad Bercerai & Bekerja Walau Hamil

Suami Curang 3 Kali, Wanita Tekad Bercerai & Bekerja Walau Hamil

“Maaf hati-hati, tolong jaga jarak saya sedang hamil,” demikian ayat yang dipaparkan di belakang badan seorang pemandu teksi motosikal wanita di Indonesia.

Suasana yang tadinya tenang buat seorang penumpang wanita kemudian bertukar menjadi sayu, selepas terbaca kertas itu semasa membonceng motosikal tersebut.

Wanita itu difahamkan mempunyai destinasi yang ingin dituju, kemudian dia membuat tempahan atas talian.

Usai membuat tempahan, pemandu itu datang untuk mengambilnya namun apa lebih memeranjatkan buat penumpang, apabila dia melihat keadaan pemandu tersebut.

“Ternyata pemandu saya hari ini seorang ibu hamil,” katanya dalam video yang dimuat naik di TikTok (@zaitunmoramil)

Perkara tersebut membuatkan wanita berkenaan ingin mengetahui situasi sebenar yang dialami pemandu itu sehingga dia sanggup bekerja walaupun sedang mengandung.

Kredit: @zaitunmoramil/TikTok

Apabila ditanya dengan lebih lanjut, pemandu wanita itu mula menceritakan perihal sebenar kepadanya.

Pelbagai emosi yang dirasai, namun penumpang itu berasa kagum dengan pemandu tersebut kerana gagah mencari rezeki halal walaupun pergerakan dirinya adalah terhad.

“Bila saya tanya, ibu ini buat luahan perasaan.

“Dia memilih untuk bercerai kerana pernah dicurangi sebanyak tiga kali semasa mengandung.

“Dia benar-benar mahu bersusah payah membesarkan anaknya seorang diri,” jelasnya.

BACA: Teman Wanita Curang, Lelaki Puas Hati Terima Lebih RM1,000 Duit Pampasan Insurans Patah Hati

Situasi tersebut adalah salah satu ujian yang dihadapi oleh pasangan berkahwin dan ia merupakan dugaan terberat, terutama sekali buat wanita mengandung.

Apabila sampai di destinasi yang ditetapkan, wanita itu memberikan wang lebih kepada pemandu itu dengan harapan ia akan membantu memudahkan keadaannya.

Kredit: @zaitunmoramil/TikTok

“Hati saya serta-merta hancur, tidak dapat bayangkan berada di kedudukan ibu itu.

“Ini sahaja yang mampu saya berikan, semoga cukup untuk membeli susu,” ujarnya.

Tidak dapat menahan sedih, wanita itu kemudiannya memuat naik video di laman TikTok berkenaan kisah syahdu pemandu teksi motosikal itu.

Wanita itu mahu orang ramai mengirimkan doa buat ibu hamil itu supaya urusannya dipermudah selain rezekinya bertambah.

“Tidak sangka dapat pemandu teksi ibu mengandung, tolong doakan ibu ini semua. 

“Semoga ibu ini dimurahkan rezeki dan diberkati Allah S.W.T,” tulisnya di kapsyen.

Saksikan video penuh di bawah ini.

@zaitunmoramil

Gakk nyangka dapet driver ojol IBU HAMIL 🥺 Bantu do’ain gaes, semoga ibu ini rezekinya lancar dan berkah 😭 #ceritasedih #dramaojol #kisahsedih #kisahinspiratif #ibuhamil #bumil #viral #sad #ojekonline

♬ money trees – 🍪

Sumber: @zaitunmoramil/TikTok, 

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana