Siakap Keli
kisah annyong kucing jalanan
Gambar: Twitter @nrhdyu_

Wanita Kongsi Kisah ‘Annyong’, Kucing Jalanan Yang Dijaga Hingga Akhir Hayat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Wanita Kongsi Kisah ‘Annyong’, Kucing Jalanan Yang Dijaga Hingga Akhir Hayat

Kucing merupakan sejenis haiwan peliharaan yang manja dan penyayang dengan pemiliknya. Sikap ini membuatkan hampir semua peringkat usia menyukainya.

Walau bagaimanapun, ia perlu dijaga dengan baik oleh mereka yang bertanggungjawab. Bukannya menyeksa atau membuang mereka.

Kita dapat melihat banyak kucing dibiarkan berkeliaran di jalanan seperti di kawasan pasar dan kantin. Akibat terdedah dengan bahaya, banyak sebenarnya bahaya yang menanti mereka.

Tidak semua dapat memberikan perlindungan dan penjagaan yang baik serta menerima kekurangan si bulus ini. Namun, menerusi satu perkongsian seorang warganet, @nrhdyu_ di Twitter baru-baru ini membuatkan ramai tidak mampu menahan sebak.

Dia berkongsikan perjalanannya menemui seekor kucing yang diberikan nama “Annyong” di  tepi jalan. Pada awalnya dia menyangka kucing itu mati namun rupa-rupanya buta.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut ikuti perkongsian di bawah.

Kisah Annyong, Kucing Jalanan

buta mata wanita annyong
Gambar: Twitter @nrhdyu_

Ladies and gentlemen, he is Annyong 15 Januari 2020, i jumpa dia dekat tepi jalan on the way balik kerja. I ingatkan dia dah mati sebab terbaring tengah-tengah jalan. So i turun nak alihkan ke tepi. Rupanya dia hidup lagi. Ini lah keadaan dia masa i jumpa. Buta kedua belah mata.

BACA JUGA: Gelagat Oyen Jadi ‘Backup Singer’ Tuai Komen Wargamaya

Tanpa fikir panjang, i bawak dia balik. Sebab kalau i biar dan alihkan dia ke tepi, takut dia masuk parit besar. Dengan keadaan ekornya yang luka. Oh by the way time tu i bawak motor, gigih lah bawak budak bertuah ni letak kat bakul.

Esoknya i bawak dia pergi veteriner dan doctor decide untuk potong ekor dia sebab luka dalam atau teruk. Kebetulan time tu Chinese New Year, so i biar dia warded 3 hari sebab i dan family pergi bercuti. Long story short, ekor dah cantik. Badan pun dah berisi. Tuannya yang semakin kurus.

buta mata wanita annyong
Gambar: Twitter @nrhdyu_

Walaupun dia buta, dia pandai poop dan pee dalam litter box. Kalau letak atas sofa, dia tak takut lompat turun. Kalau dengar suara i, laju je datang walaupun sepanjang perjalanan terhantuk dinding, kitchen cabinet ke apa hahaha. Budak manja ni.

Gambar: Twitter @nrhdyu_

I rasa masa jumpa dia, umur dia 2 tahun. Boleh bayangkan sepanjang hidup dia, apa yang dia lalui? Ada ke orang nak bela? Bagi makan? Terjatuh? Bergaduh dengan kucing lain? Kena pukul? by the way lepas seminggu i jaga dia, rupanya dia ada seizure.

BACA JUGA: Tak Biasa, Gelagat Oyen Pertama Kali Jejak Rumput Buat Ramai Terhibur

Sejak ada dia, pintu rumah sentiasa tutup. Sebab pernah 3 kali dia hilang. Macam orang kena histeria i cari dia, terjerit-terjerit. Lantak pi lah jiran nak kata apa. Janji dia selamat. paling jauh dia pernah hilang, 2 lorong rumah ke depa.

buta mata wanita annyong
Gambar: Twitter @nrhdyu_
buta mata wanita annyong
Gambar: Twitter @nrhdyu_

Petang-petang selalu bawak dia jalan depan rumah, tapi kena pakai harness. Bulan demi bulan, ni first raya with him. Hensem jugak lah budak ni.

buta mata wanita annyong
Gambar: Twitter @nrhdyu_

Ada yang lagi hensem hihihi

Gambar: Twitter @nrhdyu_
buta mata wanita annyong
Gambar: Twitter @nrhdyu_

Budak nak kena vaksin baik, diam je. Hidung je yang jalankan tugas scan tempat hahaha.

Gambar: Twitter @nrhdyu_

After couple of months, my parent tengok i macam boleh jadi tempat welfare je. Esoknya dorang bawak balik sekor kucing kutip kat warung. Lusa bawak lagi sekor. Nak bagi Annyong kawan katanya semua oyen pulak tu.

Gambar: Twitter @nrhdyu_

But, i dapat jaga dia 2 tahun je. He left me. Forever. Due to bad seizure hope to see you again in another world buddy.

kisah annyong kucing jalanan
Gambar: Twitter @nrhdyu_

Sorry i tak reti buat thread and tak reti nak express feeling thru penulisan. But i do love him so much.

kisah annyong kucing jalanan
Gambar: Twitter @nrhdyu_
kisah annyong kucing jalanan
Gambar: Twitter @nrhdyu_
kisah annyong kucing jalanan
Gambar: Twitter @nrhdyu_
kisah annyong kucing jalanan
Gambar: Twitter @nrhdyu_

Sumber: Twitter @nrhdyu_

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?