Siakap Keli
data pelanggan toyota bocor
Kredit BERNAMA

Data Peribadi Milik Pelanggan Di Asia & Oceania Berkemungkinan Bocor – Toyota

Data Peribadi Milik Pelanggan Di Asia & Oceania Berkemungkinan Bocor – Toyota

Toyota Motor Corp mendedahkan bahawa maklumat pelanggannya di beberapa negara di Asia termasuk Oceania mungkin berdepan risiko kebocoran maklumat.

Memetik Economic Times, perkara itu berlaku disebabkan masalah teknikal terhadap tetapan dalam perisian simpanan data dari Oktober 2016 hingga Mei 2023.

Maklumat pelanggan yang dilaporkan bocor termasuk nama, alamat, nombor telefon, alamat e-mel dan nombor pengenalan serta pendaftaran kenderaan, kata syarikat itu.

Insiden itu berlaku selepas pengumuman awal bulan lalu yang menyatakan bahawa data kenderaan bagi 2.15 juta pengguna di Jepun telah bocor sejak 2012. Insiden itu dikatakan berlaku disebabkan kesilapan yang dilakukan oleh manusia.

Toyota berkata, isu terbaharu itu ditemui selepas siasatan terperinci dilakukan berikutan insiden sebelum ini.

“Kami percaya bahawa kejadian ini disebabkan oleh penyebaran dan penguatkuasaan peraturan pengendalian data yang tidak mencukupi. Kami telah melaksanakan sistem untuk memantau konfigurasi simpanan data tersebut,” kata wakil jurucakap Toyota.

Terdahulu, Toyota Motor Corp telah menggantung penjualan kereta jenis Yaris Ativ selepas sekutunya Daihatsu terlibat dalam penipuan ujian keselamatan perlanggaran sisi.

Berita itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Toyota bagi rantau Asia, Masahiko Maeda dalam sidang media di Bangkok.

Menurut Maeda, masalah itu mungkin berlaku disebabkan tekanan semasa pembuatan model Ativ, sambil menambah bahawa kenderaan yang digunakan pelanggan adalah selamat.

“Sekiranya pembuatan dijalankan dalam keadaan yang sesuai, masalah seperti ini sudah tentu tidak akan berlaku,” kata Maeda.

“Saya fikir bahawa perkara itu masih berlaku, ia bermaksud terdapat tekanan dalam pembuatannya,” kata Maeda lagi.

Tambah beliau lagi, pengeluaran kenderaan dalam saiz yang agak besar mungkin telah memberi cabaran dalam pembuatan tersebut.

Toyota dan Daihatsu dedahkan pada bulan lalu bahawa mereka sedang menyiasat bagaimana keputusan ujian keselamatan telah ditukar.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Ujian keselamatan perlanggaran sisi telah dijalankan kira-kira 88,000 kereta kecil yang kebanyakannya adalah Ativ.

Thailand adalah pusat global keempat terbesar Toyota mengikut jumlah pengeluaran selepas Jepun, AS dan China.

Negara itu mengeluarkan kira-kira 659,000 kenderaan termasuk model jenama mewahnya Lexus di negara itu pada tahun lepas.

Sumber: The Economic Times

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.