Lokasi Konsert Muse Ditukar Ke Stadium Nasional Bukit Jalil
Lokasi konsert kumpulan rock terkenal antarabangsa, Muse yang dijadual berlangsung pada 29 Julai ini dilaporkan telah ditukar ke Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Pengumuman terbaru itu telah dibuat oleh penganjur konsert Hello Universe menerusi muat naik hantaran mereka di platform media sosialnya.
Sebelum ini, konsert jelajah “Will of The People” dijadualkan akan berlangsung di Bukit Kiara Equestrian Resort, Kuala Lumpur.
Menurut penganjur, pertukaran lokasi konsert itu dibuat selepas mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat kumpulan tersebut.
“Disebabkan sambutan yang menggalakkan, kami akan menukar lokasi konsert ke tempat yang lebih besar dan lebih baik!” tulis ciapan Hello Universe di Twitter.

Malaysia telah menjadi satu-satunya destinasi pilihan konserte jelajah kumpulan itu di rantau Asia.
Tiket konsert berkenaan akan mula dijual pada esok bermula jam 11 pagi sehingga ia habis terjual.
Menurut ciapan itu lagi, bagi pemegang tiket sedia ada, mereka akan mendapat emel yang mengandungi tiket yang telah dikemas kini.
“Anda boleh menggunakan tiket baharu untuk masuk ke acara di lokasi baharu nanti.
“Tiket untuk Zon A, Zon B & Zon C akan kekal sama. Susunan tempat duduk untuk zon lain akan diselaraskan untuk menempatkan tempat duduk baharu,” tulis ciapan itu.
Good News!
Due to overwhelming response, we are moving to a BIGGER & BETTER venue Musers!
Catch MUSE “Will of The People” World Tour Live in Kuala Lumpur at NATIONAL STADIUM BUKIT JALIL.
This will be their ONLY SHOW IN ASIA! 🌏
📅 Date: 29th July 2023
🏟 Venue: National… pic.twitter.com/m25r1M4IXr— Hello Universe (@hellouniversemy) June 1, 2023
Selain itu, tiket yang dikemas kini juga akan dihantar kepada pembeli serta tempat duduk yang setanding akan diberikan kepada mereka di lokasi baharu nanti.
BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat
Sementara itu, selain konsert jelajah Muse, kumpulan muzik terkenal Coldplay juga bakal mengadakan konsert jelajah mereka di Malaysia pada November depan.
Coldplay mengumumkan tarikh konsert jelajah “Music of the Spheres” yang akan dibuat di Malaysia jatuh pada 22 November ini.
Pengumuman tersebut dimuat naik melalui akaun Instagram Live Nation Malaysia pada 9 Mei lalu.
Melalui perkongsian tersebut, konsert tersebut bakal diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Tiket konsert tersebut dilaporkan akan mula dijual pada 16 Mei bermula dari 10 pagi hingga 11:59 malam untuk pemegang kad CIMB Bank.
Manakala bagi jualan tiket rasmi pula dilaporkan akan dibuka pada 17 Mei dari 10 pagi sehingga tiket habis dijual.
Untuk makluman, konsert Coldplay yang bakal diadakan di Malaysia ini adalah pertama kali.
Pengumuman tersebut sekali gus menggembirakan peminat di Malaysia yang sudah lama menantikan persembahan band kesayangan mereka itu.
Sumber: Hello Universe via Twitter