Siakap Keli
projek lebuhraya persisiran pantai barat wce
Kredit: Bernama & WCE

Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE), Kenali Laluan Baru Hubungkan Selangor-Perak

Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) Bakal Hubungkan Selangor-Perak

Bagi sesiapa yang sering berulang alik dari Selangor ke Perak, khususnya dari kawasan sempadan Sabak Bernam – Hutan Melintang, ini mungkin berita baik buat anda.

Kawasan ini biasanya menempatkan banyak sekolah berasrama, institusi pengajian dan lain-lain lagi.

Oleh sebab itu, kadar kesesakan pada jalan-jalan kawasan ini boleh merunsingkan kepala sesiapa sahaja. Lebih-lebih lagi pada waktu puncak seperti hari persekolahan atau pada musim perayaan.

Maka, perjalanan melalui jalan raya di kawasan ini mungkin akan memakan masa yang lebih lama dan tiba di destinasi yang hendak dituju, lewat daripada yang dijangka.

Ia juga memberi masalah pada anak-anak yang bersekolah kerana aktiviti persekolahan terikat dengan jadual waktu yang ketat. Sedikit kelewatan mungkin berakhir dengan tindakan daripada pihak sekolah.

Jangan risau lagi kerana terdapat satu laluan alternatif yang bakal dibina bagi menghubungkan kawasan-kawasan ini secara efisien.

Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) merupakan satu projek swasta yang diluluskan Kerajaan Malaysia kepada Lebuhraya Persisiran Pantai Sdn. Bhd.

Menurut laman web rasminya, projek tersebut dijangka akan siap dalam masa lima tahun dan memiliki 11 buah seksyen.

Untuk makluman, WCE akan menghubungkan dua buah negeri iaitu Selangor dan Barat dan berfokuskan pada kawasan persisiran pantai barat.

Lebuhraya yang memiliki laluan sepanjang 233 kilometer ini bakal menhubungkan antara Banting, Selangor dan berakhir di Changkat Jering, Perak.

Lauan alternatif ke utara Malaysia

Selain menghubungkan kawasan-kawasan persisiran pantai barat Malaysia, laluan ini juga boleh menjadi sebagai laluan alternatif untuk ke utara Malaysia.

Menurut pengguna TikTok Faiz Aziz (faiz.aziz), laluan ini boleh mengurangkan kebergantungan terhadap laluan utama ke utara Malaysia.

@faiz.aziz

Jalan Alternative Balik Raya Ke Utara WCE #balikkampung #balikkampung2023 #raya #raya2023 #balikraya #gengrayautara

♬ original sound – Faiz Aziz – Faiz Aziz

Beliau mengatakan, pengguna dapat mengelakkan kesesakan di Tapah dan Ipoh dengan menggunakan laluan ini.

Hal ini kerana, WCE bersambung dengan Jalan Negeri Selangor FT31 daripada Banting dan berakhir pada plaza tol Changkat Jering di bawah selian pihak PLUS.

Untuk meningkatkan kebolehcapaian, lebuhraya ini direka dengan menghubungkan beberapa lebuhraya sedia ada bagi memberikan kebolehcapaian pada tahap maksimum ketika perjalanan. Antaranya. Lebuhraya PLUS, SKVE, NKVE, NNKSB, LATAR, KESAS dan sebagainya.

Selain itu, seluruh WCE memiliki 21 susur keluar bagi memastikan pengguna jalan raya dapat merancang perjalanan dengan lebih efisien.

Sungguhpun begitu, hanya empat seksyen yang dilaporkan dibuka secara sepenugnya iaitu, Bandar Bukit Raja Selatan, Hutan Melintang, Lekir dan Changkat Chermin.

Maka, pengguna dinasihatkan untuk menyediakan makanan dan persiapan yang mencukupi, jika bercadang untuk berehat sebentar di kawasan rehat dan rawat (RnR).

Menurut bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri, WCE dijangka siap secara sepenuhnya pada 2024.

Untuk melihat perkembangan pembinaan projek ini, anda boleh melihatnya menerusi laman web Lebuhraya Persisiran Barat.

BACA: Pelakon Terkenal, Ridzuan Hashim Meninggal Dunia

Sumber: Lebuhraya Persisiran Barat & faiz.aziz via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma