Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Suami Isteri Direman Kes Bunuh Warga Emas

Nur Syahirah Zainoor Hisham
reman kenalan lelaki cikgu istiqomah
Gambar Hiasan

Suami Isteri Direman Kes Bunuh Warga Emas

KANGAR, 2 Jun (Bernama) — Sepasang suami isteri direman selama tujuh hari (2 hingga 8 Jun) bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh seorang warga emas di Taman Cempaka Putih, Tambun Tulang semalam.

Kedua-dua suspek berusia 34 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, kira-kira 10.25 pagi tadi dan perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semalam, Bernama melaporkan seorang anak perempuan dipercayai membunuh ibunya berusia 74 tahun di rumah mereka pada 4.30 pagi.

Mangsa Rashidah Chong mengalami kesan lebam pada kedua-dua belah mata, dahi, telinga kanan, kepala, lidah serta patah tulang rusuk.

BACA: YB Edry Masuk Hutan, Berang Jumpa Perbuatan Mungkar Manusia

Sumber: Bernama