Hanya 5 Langkah Diperlukan, “Aunty” Ni Kongsi Cara Mudah Hilangkan Pahit Peria
Negara kita mempunyai kepelbagaian dalam setiap perkara, daripada bangsa, budaya dan agama sehinggalah pilihan makanan yang boleh didapati.
Makanan merupakan satu alat perpaduan yang unik dalam menyatupadukan penduduk di negara ini.
Bayangkan orang Cina makan nasi lemak, orang India makan kuey tiaw goreng dan orang Melayu pula makan roti canai untuk sarapan. Di sini kita dapat lihat perbezaan itu boleh di atasi dengan pilihan makanan yang ada.
Selain itu, apabila sebut sahaja tentang sayur, pelbagai jenis sayuran akan berlegar di fikiran kita. Dari sayur seperti sawi, kobis, kailan sehinggalah peria, semua ini merupakan jenis sayur yang sering menjadi pilihan orang ramai.
Bercakap soal peria, sayur ini bukan sahaja digemari oleh orang Melayu, malah ia juga turut digemari oleh bangsa-bangsa yang lain.
Kalau pergi kedai mamak, sayur peria goreng pasti akan menjadi salah satu menu yang ada dijual untuk dimakan bersama nasi dan pilihan lauk yang lain.
Namun begitu, tidak semua menggemari sayur ini kerana rasanya yang pahit. Kalau mereka yang tidak pandai cara untuk proses sayur ini, nescaya ia akan terasa pahit.
Justeru perkongsian pada hari ini akan berkongsikan tips untuk memproses sayur peria agar tidak pahit dan kekal rangup.
Perkongsian tersebut telah dikongsikan oleh @madam_lim_ menerusi akaun TikTok miliknya.
Hanya perlu garam dan tepung ubi kayu
Menurut perkongsian muat naik video tersebut, cara pertama yang anda perlu lakukan adalah dengan meletakkan garam ke dalam peria yang telah dipotong ikut cita rasa anda.

Kemudian gaulkan garam tadi sehingga rata ke seluruh peria yang sudah siap diproses. Biarkan peria dan garam dalam bekas selama lima minit.

Selepas lima minit, anda akan dapat lihat air mulai keluar dari peria tadi. Air itu dipercayai rasa pahit yang berada di dalam sayur peria tersebut. Lepas lima minit anda boleh bilas peria tadi sehingga bersih dengan menggunakan air paip.
Lepas bilas dengan air biasa, langkah seterusnya ialah dengan dengan menggaulkan pula peria dengan tepung ubi kayu sehingga rata. Sama seperti langkah tadi, biarkan dua bahan yang bercampur rata tadi untuk lima minit lagi.

Lepas lima minit, anda boleh bilas sayur peria tadi dengan menggunakan air paip sehingga benar-benar bersih.
Bukan setakat rasa pahit akan hilang atau kurang, malah anda juga akan dapat sayur peria yang rangup.
Selesai lakukan langkah di atas, kini peria anda siap untuk dimasak mengikut menu kesukaan anda.
BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat
Bagaimana dengan perkongsian hari ini, dapat manfaat tak?
Diharap perkongsian pada hari ini akan memberikan ilmu yang baru untuk para pembaca semua.
@madam_lim_ Cara kurangkan pahit dari peria😎
Sumber: TikTok via @madam_lim_