Siakap Keli
fungsi butang pam
Gambar: Jamban King

Jangan Tekan Serentak, Ini Rupanya Fungsi Dua Butang Pam Pada Mangkuk Tandas

Jangan Tekan Serentak, Ini Rupanya Fungsi Dua Butang Pam Pada Mangkuk Tandas

Seperti yang kita tahu, mangkuk tandas berfungsi untuk melepaskan ‘hajat’. Terdapat dua reka bentuk mangkuk tandas iaitu mangkuk tandas cangkung dan  mangkuk tandas duduk.

Sesetengah orang lebih memilih mangkuk tandas duduk di dalam rumah kerana ia menjadikan tandas rumah lebih kemas dan cantik.

Bagaimanapun, perasan atau tidak sesetengah mangkuk tandas duduk ada dua butang pam iaitu satu besar dan satu kecil.

Mungkin ramai yang menekan kedua-dua butang itu atau hanya menekan salah satu sahaja. Justeru, timbul persoalan apakah fungsi bagi kedua-dua butang tersebut.

Oleh itu, Kali ini SK akan kongsikan fungsi sebenar butang pam tersebut. Mari ikuti perkongsian daripada pengguna akaun Tiktok @JambanKing _km untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

BACA : Hilangkan Habuk, Akak Ni Kongsi Cara Mop Karpet Agar Lebih Bersih

Jangan Tekan Dua-Dua Pam Tandas Serentak

Menurut perkongsian di dalam  video tersebut,  kedua-dua butang pada tangki simbah mangkuk jamban ni berbeza fungsinya.

“Butang pam yang kecil, tangki simbah akan keluarkan tiga liter air ke dalam mangkuk jamban, manakala butang yang lebih besar pula akan keluarkan enam liter air.

“Jadi, sekiranya kamu membuang air besar, disarankan untuk tekan butang besar. Kalau buang air kecil pula, tekan butang kecil dah memadai.

BACA JUGA: Kenapa Hari Keputeraan Agong Tidak Sama Dengan Hari Kelahiran Baginda? Ini Penjelasannya

“Kalau kamu tekan kedua-dua butang itu secara serentak ia tidak akan mengeluarkan sembilan liter air,” katanya.

Namun, ada juga antara kita yang menekan ke dua-dua butang tersebut, Betul kan?

Sebenarnya ia mungkin akan menyebabkan berlakunya pembaziran dan butang lebih cepat rosak.

@jambanking_km

Reply to @santadave29 fungsi jamban 2 button #jambanking #kongmee #tiktokguru #jombelajar #learnontiktok #jamban

♬ original sound – JAMBAN KING Steve🚽👑 – JAMBAN KING

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 599 ribu tontonan dan lebih 30 ribu tanda suka.

Menjengah ke ruangan komen, ramai rupanya yang belum tahu mengenai fungsi sebenar kedua-dua butang tersebut.

BACA JUGA : Malam Pun Rasa Bahang, Ni Cara Sejukkan Rumah Dengan Bajet Rahmah

Sumber: Jamban King

Ezzatul Syafiqah